Fazery
dan Qaliesya ibarat Adam dan Hawa. Mereka saling lengkap-melengkapi. Ibarat
cincin dengan berlian. Sama cantik sama padan. Mereka merancang untuk bersama.
Tetapi takdir tuhan menentukan segalanya. Mereka mengalami kemalangan jalan raya dan
Fazery telah pergi buat selamanya. Ibarat jatuh ditimpa tangga, Qaliesya
mengalami gegaran otak dan tidak mampu mengingat kisah silamnya. Dalam
fikirannya adalah Fazery. Dia menyangka Fazery masih hidup dan selalu muncul
dalam mimpinya.
Kemunculan
Rayyan penawar duka buat Qaliesya. Rupa paras, perwatakkan dan sikap Rayyan
membuatkan semua orang mempercayai bahawa Rayyan adalah Fazery. Fazery dan
Rayyan adalah dua watak yang berbeza tetapi mempunyai rupa paras yang sama.
Kembar seiras itu mampu mengaburi mata Qaliesya.
Keluarga
Rayyan merancang menggunakan dia sebagai umpan untuk melihat Qaliesya sembuh.
Rayyan yang hakikatnya sudah berkahwin dengan Natelia secara senyap-senyap di
Amsterdam hanya pasrah dengan keputusan keluarganya. Dia terpaksa meninggalkan
isterinya gantung tanpa bertali demi melihat tunangan arwah adiknya hidup
bahagia.
Rayyan
atau dikenali Fazery dimata Qaliesya sering melakukan terbaik buat Qaliesya.
Walaupun dalam hatinya hanya Natelia adalah isterinya awal dan akhir, dia tetap
tunaikan amanat arwah adiknya. Dalam masa yang sama dia mencintai Qaliesya
dalam diam. Mereka akhirnya disatukan.
Pemergian
Rayyan membuatkan Natelia sengsara dan kecewa. Anak yang dikandunginya semakin
lama semakin membesar. Puas dia cuba menghubungi suaminya tetapi tidak berjaya.
Mahu saja dia menjejaki suaminya di Malaysia tetapi dia tidak berdaya.
Kesengsaraan Natelia ditingglkan itu mendapat perhatian seorang jejaka. Izani,
seorang jejaka yang baik dan bertanggungjawab telah menjaga Natelia disepanjang
kelahiran anak sulungnya itu. Izani meminta agar Natelia menuntut fasakh dan
berkahwin dengannya. Pada mulanya Natelia menolak tetapi apabila difikir secara
bernas dia menerima ajakan Izani.
Pertemuan
semula Rayyan dan Natelia yang telah bertahun terpisah menjadi tanda-tanya
dalam diri masing-masing. Mereka dibelengu perasaan bersalah. Masing-masing terperangkap dengan perasaan sendiri. Bagaimana hubungan Qaliesya dengan Rayyan dan
Natelia dengan Izani? Adakah mereka masih bahagia? Bagaimana pula rahsia yang
disimpan oleh Rayyan terhadap Qaliesya? Semua itu akan terjawab di dalam 'Terperangkap Bayangan 2 Jiwa'
***SELAMAT MEMBACA***
mcm seronok je cter nie . tak mebosankn . tak sabar nak tunggu novel ni diterbit kn . :)
ReplyDeleteyg nie terbaru..belum siap lagi..hihihi..
ReplyDeletemcm best crte novel nie,xsbr nk bca la
ReplyDeleteInsyaallah Zara akan masukkan ceritanya secepat yg mungkin..thanks a lot..:-)
ReplyDelete