3/11/2012

Sinopsis



Fazery dan Qaliesya ibarat Adam dan Hawa. Mereka saling lengkap-melengkapi. Ibarat cincin dengan berlian. Sama cantik sama padan. Mereka merancang untuk bersama. Tetapi takdir tuhan menentukan segalanya. Mereka mengalami kemalangan jalan raya dan Fazery telah pergi buat selamanya. Ibarat jatuh ditimpa tangga, Qaliesya mengalami gegaran otak dan tidak mampu mengingat kisah silamnya. Dalam fikirannya adalah Fazery. Dia menyangka Fazery masih hidup dan selalu muncul dalam mimpinya.
Kemunculan Rayyan penawar duka buat Qaliesya. Rupa paras, perwatakkan dan sikap Rayyan membuatkan semua orang mempercayai bahawa Rayyan adalah Fazery. Fazery dan Rayyan adalah dua watak yang berbeza tetapi mempunyai rupa paras yang sama. Kembar seiras itu mampu mengaburi mata Qaliesya.
Keluarga Rayyan merancang menggunakan dia sebagai umpan untuk melihat Qaliesya sembuh. Rayyan yang hakikatnya sudah berkahwin dengan Natelia secara senyap-senyap di Amsterdam hanya pasrah dengan keputusan keluarganya. Dia terpaksa meninggalkan isterinya gantung tanpa bertali demi melihat tunangan arwah adiknya hidup bahagia.
Rayyan atau dikenali Fazery dimata Qaliesya sering melakukan terbaik buat Qaliesya. Walaupun dalam hatinya hanya Natelia adalah isterinya awal dan akhir, dia tetap tunaikan amanat arwah adiknya. Dalam masa yang sama dia mencintai Qaliesya dalam diam. Mereka akhirnya disatukan.
Pemergian Rayyan membuatkan Natelia sengsara dan kecewa. Anak yang dikandunginya semakin lama semakin membesar. Puas dia cuba menghubungi suaminya tetapi tidak berjaya. Mahu saja dia menjejaki suaminya di Malaysia tetapi dia tidak berdaya. Kesengsaraan Natelia ditingglkan itu mendapat perhatian seorang jejaka. Izani, seorang jejaka yang baik dan bertanggungjawab telah menjaga Natelia disepanjang kelahiran anak sulungnya itu. Izani meminta agar Natelia menuntut fasakh dan berkahwin dengannya. Pada mulanya Natelia menolak tetapi apabila difikir secara bernas dia menerima ajakan Izani.
Pertemuan semula Rayyan dan Natelia yang telah bertahun terpisah menjadi tanda-tanya dalam diri masing-masing. Mereka dibelengu perasaan bersalah. Masing-masing terperangkap dengan perasaan sendiri. Bagaimana hubungan Qaliesya dengan Rayyan dan Natelia dengan Izani? Adakah mereka masih bahagia? Bagaimana pula rahsia yang disimpan oleh Rayyan terhadap Qaliesya? Semua itu akan terjawab di dalam 'Terperangkap Bayangan 2 Jiwa'
            

***SELAMAT MEMBACA***

4 comments:

  1. mcm seronok je cter nie . tak mebosankn . tak sabar nak tunggu novel ni diterbit kn . :)

    ReplyDelete
  2. yg nie terbaru..belum siap lagi..hihihi..

    ReplyDelete
  3. mcm best crte novel nie,xsbr nk bca la

    ReplyDelete
  4. Insyaallah Zara akan masukkan ceritanya secepat yg mungkin..thanks a lot..:-)

    ReplyDelete