Kuala Lumpur
‘Ish mamat ni dah kenapa tetiba je
terus ofline? Kalau tak berjam-jam aku kena layan dia..’.
Rungut Dania dalam hati.
‘Kenapa dia tanya aku macam tu hah?
macam tahu-tahu je aku kena kahwin paksa..pelik lah..Ah! lantak kau la!’.
Bisik Dania lagi.
Dania segera mengemas kini fail client di komputernya sambil melayari internet. Sedang dia sibuk menekan-nekan
keyboard komputer tiba-tiba pintunya ditolak
ganas. Tak semena-mena dia terkejut dan tersentak.
“Maaf Miss
Dania..i dah cakap you tak nak jumpa sesiapa tapi…”.
Kata rakan sepejabat Dania.
“It’s okey Lina..you can go now..”.
Ujar Dania lembut sambil melemparkan senyuman
buat rakan sepejabatnya.
Dania melihat Hariesz berada dihadapannya sambil
mengetap bibir.
“Ha Hariesz! Buat apa datang sini cari i?”.
Tanya Dania tegas sambil memandang tepat ke muka
Hariesz.
‘Ah
rindu betul aku dengan mamat ni..dah sebulan lebih aku putus dengannya..sebualn
lebih jugaklah aku tak jawab panggilan dan tak membalas smsnya..maafkan aku
Hariesz..’.
Ujar Dania dalam hati.
“Dania! I
want to know why you do this to me?”.
Marah Hariesz.
Dania hanya mendiamkan diri dan fokus pada
kerjanya tanpa menjawab sepatah kata.
“Dania! Answer
my question please!”.
Tanyanya lagi.
Kali ini
Hariesz menarik tangan Dania dengan kuat.
“Hariesz! Lepaskan lah!
Jerit Dania kuat.
“i
tak akan lepaskan you kalau you tak bagitahu reason you minta putus dengan i..you dah ada lelaki lain ke?”.
Tanya Hariesz tegas.
“Yes!
I dah ada lelaki lain! Puas hati you sekarang?”.
Ujar Dania.
“i
tak sangka Dania! You sanggup buat i macam ni..selama ni i setia dengan you..i
ikutkan apa kehendak you..i tatang you macam minyak yang penuh..ini yang you
buat pada i?”.
Katanya lantang.
Dania hanya berpeluk tubuh tanpa menjawab
pertanyaan Hariesz dan hanya memerhatikan Hariesz dengan pandangan mata yang
tajam.
“Dania! You memang perempuan tak guna!.
Hariesz betul-betul marah.
“Hariesz!
Jaga sikit mulut you tu sikit! I bukan patung yang you nak maki i sesuka hati
you je!”.
Marah Dania sambil memandang tepat ke wajahnya.
“Kalau
i tahu you nak buat i macam ni..dah lama i rosak kan you! Tak guna! Ingat
Dania! Satu hari nanti you akan kena lebih teruk dari i!”.
Marah Hariesz lagi sambil menundung jari ke muka Dania.
PAP!
Satu tamparan hangat hinggap di muka Hariesz.
“Ingat Dania! i akan buat hidup you merana!”.
Jeritnya sambil keluar dari biik Dania.
Kedengaran pintu bilik Dania di hempas kuat.
Dania terduduk dan hanya terdiam seketika. Air
matanya tak dapat dibendung lagi lalu jatuh berguguran ibarat air terjun
melimpahkan airnya.
‘Hariesz…maafkan
i…maafkan i!’.
Jerit Dania dalam hati.
‘Ya
Allah…ampunkanlah dosa-dosa aku ya Allah! Bantulah aku ya Allah! Bantulah aku
untuk menghadapi dugaan ini..sesungguhnya ku lemah, tak berdaya untuk melawan
kehendak mu ya tuhan ku…berikanlah aku jalan untuk aku selesaikan masalah ini..Berikanlah
aku kekuatan untuk melawan rintangan ini..Ya tuhan ku aku bersujud kepada mu
tuhan…amin..’
Dania berdoa di dalam hati.
Suatu sudut yang berbeza kelihatan seorang lelaki
tergesa-gesa keluar daripada lif berjalan menuju ke parkir kereta dengan
perasaan yang bercampur-baur.
“Kurang ajar kau Dania! Kau tampar muka aku eh!
Tunggu Dania! aku akan buat hidup kau porak-peranda! Aku akan cari jantan tu!
Buang masa je aku setia dengan kau..jenis perempaun tak guna! Harap je muka
lawa tapi perangan macam SETAN!’.
Bentak Hariesz dalam hati ketika memandu
keretanya menyelusuri jalan raya.
“Nia…esok
mak long datang nak tetapkan tarikh..kamu jangan pergi kemana-mana ya?”.
Ujar mama ketika menyendukkan nasi ke pinggan aku
pada suatu malam.
“Hmmm..tak
boleh ma..esok Nia kena pergi Melaka..ada seminar dekat sana..mama je lah
bincang..tak kan Nia nak sibuk-sibuk kot?”.
Dania berbohong.
Sebenarnya
Dania tak pergi Melaka sepertimana yang dia cakapkan. Dia sengaja berkata
begitu kerana dia tak mahu berjumpa dengan lelaki itu. Biarlah papa dan mamanya
yang uruskan segalanya untuk dia. Dia tidak mahu masuk campur dan ambil tahu
tentang itu. Apa yang dia tahu hanyalah keperitan dan kesakitan jiwanya.
‘Ah!
malas aku nak amik tahu..nak datang ke tak ke..lantak lah!’.
Dengus Dania dalam hati.
“Ish! Tak kan lah kamu tak nk jumpa dengan bakal
mak mertua kamu tu?”.
Ujar Datin Zarina tidak berpuas hati.
“Alah..ni
kan hal orang tua-tua..tak pe Nia tak ada pun..kan dia ada seminar tu..”.
Ujar Datuk Razif bersuara pula.
“Ye
ma..pa..takan Nia nak sampuk pulak? Nanti lepas kahwin kan boleh jumpa..”.
Jawab Dania selamba sambil mengunyahkan makanan
dengan perlahan-lahan.
“Okey lah..berapa hari kamu pergi sana
Nia”.
Tanya Datin Zarina lagi.
“Hmm…sehari
dua je..”.
Jawab Dania lembut.
“Jangan
lah pergi jauh-jauh..kamu tu darah manis..tinggal nak tunggu hari je nak naik
pelamin..”.
Ujar Datin Zarina lagi.
“Ya
Nia..lepas ni..nak pergi mana-mana biar pemandu hantarkan..darah manis ni tak
baik keluar rumah sorang-sorang”.
Giliran Datuk Razif pula menyampuk.
“Tak
payah la pa..ma..Nia dah besar..kan? Kalau nak jadi, jadi juga..”.
Jawab Dania selamba.
“Ish
kamu ni!”.
Marah Datin Zarina.
“Nia..kamu
tak nak jumpa dengan Ary ke? Tak kan tak nak jumpa langsung..kenal-kenal lah
dengan dia..”.
Sampuk Datuk Razif.
“Ya
la Nia..tak kan kamu tak nak jumpa langsung? Siapa tahu sekarang dia dah
berubah jadi handsome, bergaya dan
tak hitam lagi macam kamu ejek-ejek dia dulu tu…sekarang dia dah famouse
tau..dia pe..la..kann..
Belum sempat Datin Zarina menghabiskan
kata-katanya Dania segera menyampuk.
“Okey
la ma..pa..Nia naik dulu lah..banyak kerja nak siapkan..”.
Ujar Dania sambil mengangkat pingan ke dapur.
“Eh!
Makan tak abis lagi ni..”.
Ujar Datin Zarina lagi.
“Dah
kenyang!”.
Jawab Dania sinis.
Kelihatan Datin Zarina hanya mengeleng-gelengkan
kepalanya tanpa berkata apa-apa. Dania terus melangkah masuk ke bilik dengan
lemah longlai dan tidak berdaya.
‘Esok
mak long datang tetapkan tarikh..hurmmm…tak lama lagi aku dah jadi isteri
orang..ermmm…tak sukanya!’.
Dania berkata dalam hati.
Sedang Dania bergolek-golek di atas katil, lantas
dia teringat pada ‘Kimano Putih’..Rasanya dah hampir dua bulan dia tak berchatting dan berbalas email dengannya.
‘Harap-haraplah
kau online Kimano Putih!’.
Desis hati dalam hati Dania.
Apabila Dania membuka email, ternyata tiada email
yang dikirimkan olehnya begitu juga dengan Yahoo
Mesangger..Dania merasa pelik dan juga hairan. Biasanya time macam ni dia
kan online dan kami akan berchatting berjam-jam sehingga
tertidur..Tapi kali ini tidak..
‘Kemana
kau pergi wahai Kimano Putih aku? Aku rindu kau!’.
Desis hati Dania kuat.
No comments:
Post a Comment