3/11/2012

Bab 14


Singapore







            “CUT!”.
Ujar En. Aziz, director drama terkenal dan terhebat di Singapore.
            “Kenapa dengan you ni Faqhary? lately lakonan you teruk! Buang masa lah macam ni!”.
Marahnya.
            “Hmmm..sorry..i tak berapa sihat lah..i need to rest..sorry..”.
Ujar Faqhary dengan muka mengharap simpatinya.
            “Hmm..macam nilah..you rest dua tiga hari then you datang balik..i tak nak scene kita ulang-ulang banyak kali..buang masa..you rest okey..”.
Ujarnya lembut sambil mengusap belakang Faqhary.
            “Thanks..i promise after 3 days i’ll come here and do the best as usually..”.
Janji Faqhary.

Entah kenapa sejak Faqhary balik daripada rumah dady dan mummynya mood dia berubah..dia asyik termenung dan berfikir..Kenapa mesti dia yang lalui semua ini..kenapa tidak orang lain? Puas dia mencari jawapannya tapi tak juga jumpa.

‘Ya tuhan..apa yang perlu aku buat sekarang? Bantulah aku..’.
Bisik hati Faqhary.

           




***

“Ary..what wrong with you Ary?”.
Tanya Azim sewaktu di dalam kereta.
            “Hmm..entah lah zim…”.
Jawab Faqhary ringkas.
            “Tell me…aku kan kawan kau..aku jugak P.A kau..cerita je lah apa problem kau..aku tengok sejak kau balik JB ni perangai kau berubah..pergi shooting lambat..tak hafal skrip..tak feel..kenapa ni?”.
Tanya Azim dengan lembut.
            “Entah lah..tak tahu aku nak cerita macam mana dekat kau Zim..”.
Jawab Faqhary dengan nada perlahan.
            “Ada problem dengan family kau ke?”.
Tanya Azim.
            “Hmm…lebih kurang macam tu lah…”.
Jawab Faqhary ringkas.

Faqhary mengeluh panjang.
           
“Hmm…Zim..You beleave about family planning married?”.
Tanya Faqhary sambil memandang wajahnya.
            “Err..entah lah..Kadang-kadang aku percaya kadang-kadang tak..tapi so far kakak aku okey..Bahagia dengan pilihan mummy aku..”.
Kata Azim sambil memandang Faqhary.
            “Entah la Zim..Parrent aku nak kahwinkan aku dengan cousin aku..sebenarnya kami dah tunangkan dari kecik lagi…entah la Zim..aku buntu!”.
Luah Faqhary.
            “Hurmm..Aku bab macam ni memang tak ada experience..Tapi kalau parrents kau dah tetapkan dari dulu nak tak nak kau kena lah terima..Tak kan kau nak bantah pulak?”.
Ujar Azim.
            “Entah la..”.
Jawab Faqhary dengan nada yang hambar.

            “Fikirkan yang terbaik bro..aku support kau dari belakang..”.
Kata Azim sambil menepuk bahu Faqhary dengan lembut.


Jauh di sudut hati Faqhary, dia sebenarnya tak berapa setuju dengan keputusan daddy dan mummynya. Baginya keputusan mereka sangat melampau. Tak kanlah dia nak berkahwin dengan perempuan yang tak mencintainya? Macam mana dia mahu hidup dengan perempuan yang tak ikhlas sehidup semati dengannya? Tak kan lah dia nak rosakkan hidup perempuan itu semata-mata ingin melepaskan hajat mummy dan daddynya selama ini? Dia tak sanggup melihat Dania hidup merana! Sejak daripada dulu sehingga sekarang memang dia mengaku yang dia memang suka dan cinta kepada Dania, tapi bila Datin Zarina mengatakan bahawa sebenarnya Dania telah mencintai orang lain, Faqhary menjadi serba-salah dibuat. Dia dapat merasakan perasaannya dan dapat memahaminya ketika ini. Tetapi apakan daya itu adalah salah satu ikatan janji yang perlu dikotakan oleh kedua belah pihak. Mahu tak mahu kedua-dua belah pihak terpaksa bersetuju.
           
Ah! mengarut lah semua! Stupid! Zaman sekarang zaman teknologi bukan zaman dulu-dulu yang mana ibubapa penentu kebahagiaan anak-anak! Itu semua janji lapuk..boleh diubah!’.
Jerit Faqhary di dalam hati.






 ***





            Masuk hari ini hampir seminggu Faqhary tak pergi ke shooting..Seminggu jugalah dia hanya menghabiskan masa di kelab-kelab malam dan berpoya-poya. Setiap hari dia menghabiskan duit hanya untuk mencari ketenangan jiwa. Tetapi tidak juga dapat keputusannya. Jenuh Azim menasihatinya tetapi dia masih berdegil. Berbelas- belas panggilan yang diterima olehnya dan hanya dibiarkan begitu saja. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa dia harus bersikap seperti itu Semakin lama dia berfikir semakin pening kepalanya. Esok adalah hari terakhir untuk dia membuat keputusan. Kalau tiada kata putus darinya, daddy dan mummynya telah menganggap bahawa Faqhary telah bersetuju.


‘Ah! semakin lama aku fikir semakin buntu aku dibuatnya! Apa yang perlu aku buat??’.

Tanya Faqhary di dalam hati.






 ***


Sedang Faqhary termenung memandang syiling bilik, lantas dia teringat pada ‘Maya Edora’. Dia terus mencapai laptop aku di atas meja katil lalu menekan butang switch on.


‘Siapa tahu dia boleh tolong aku keluar daripada masalah ni..’.
Bisik Faqhary di dalam hati.

‘Yes! Online pun dia..’.
Ujar Faqhary dalam hati apabila melihat icon ‘Maya Idora diskrin laptopnya.
           
‘Hi ‘Maya Edora’ buzy ke?”.
                                                                                                                        -Kimano Putih-

Faqhary menekan butang ‘send’.

Selang beberapa minit emailnya berbalas.

            ‘No la..tak buzy just check up my schedule for tomorrow..you lama tak online buzy ke?’.
                                                                                                                        -Maya Edora-

            ‘Yup..banyak kerja..Maya Edora..may i ask you something?’.
                                                                                                                        -Kimano Putih-

           
‘Yes..what?’.              
                                                                                                                        -Maya Edora-

            ‘Hmmmm..You beleave family planning married?’.
                                                                                                      -Kimano Putih-

           
‘Yes..i beleave that!..Walaupun zaman sekarang zaman IT..Masih lagi parrents yang aturkan perkahwinan anak-anak mereka…’.
                                                                                                                        -Maya Edora-

‘If you dalam situasi itu..what should you do?’.
                                                                                                                        -Kimano Putih-

‘Kalau ianya terjadi pada i..i ikutkan apa saja kemahuan family i..walaupun terpaksa..i akan happykan family i..sebab i tak nak claim yang i ni seorang anak yang derhaka..
                                                                                                                        -Maya Edora-

‘Walaupun you tak sayang dan tak cinta that boy?’.
                                                                                                                        -Kimano Putih-

            ‘i akan belajar mencintai dan menyayangi dia..Insyaallah..Apa yang ditakdirkan oleh tuhan ada hikmahnya….Tuhan tak akan menyeksa kita melainkan kita sendiri yang menyeksa diri kita..percayalah..setiap apa yang diputuskan oleh-nya akan membawa 1000 kebahagiaan buat kita..’.
                                                                                                                        -Maya Edora-

            ‘Thanks..You was realize me..thanks for everting..’.
                                                                                                                        -Kimano Putih-



Faqhary segera menutup laptop lalu mendail nombor mummynya.
           
“Hello mummy..”.
Sapa Faqhary dengan lembut apabila dia menjawab panggilan.
            “Ye sayang..kenapa?”.
Jawab mummynya lembut.
            “Mummy…Ary setuju dengan perkahwinan tu”.
Ujar Faqhary sambil menghela nafas yang panjang.
            “Ha? Betul sayang? betul ke apa yang mummy dengar ni?”.
Tanya mummynya dengan nada terkejut.
            “Ye..”.
Jawab Faqhary ringkas.
           
“Alhamdulilah…thanks Ary..”.
Ucap mummynya dengan nada yang riang.
            “I do just for you and daddy..but i have one condition..”.
Kata Faqhary sedikit tegas.
            “Yes..tell me what you condition sayang?”.
Soal mummynya.
            “Ary masih nak berlakon..Ary tak nak tinggalkan kerjaya Ary..bila sampai masanya baru Ary tolong pak long..”.
Kata Faqhary dengan nada sedikit lega.
            “Okey sayang…mummy setuju..janji Ary kahwin dengan Nia..”.
Jawab mummynya.



 ***

Entah mengapa Faqhary merasa lega yang teramat sangat…lega seperti melepaskan beban yang amat berat. Dia sendiri tak tahu kenapa dia bersetuju untuk berkahwin dengan perempuan yang tak mencintainya..apabila membaca kata-kata Maya Edora, hatinya terus berubah..Dia yakin satu hari nanti Dania akan berubah hati untuk cuba mencintai Faqhary.

‘Thanks Maya Edora..kau dah buat aku lega..’.
Bisik Faqhary dalam hati.



***Bersambung*** :-D

No comments:

Post a Comment