3/11/2012

Bab 13









            "Sayang… you kenapa ni? Moody je? Langsung tak nak cakap dengan i?”.
Ujar Hariesz kepada Dania ketika suatu malam di Bangsar.
            “Hmm..tak ada la..i okey je..”.
Jawab Dania tawar.
            “Bagitahu lah…kot-kot i ada buat salah…biasanya you tak macam ni..”.
Tanyanya lagi sambil memandang muka Dania.
            “Tak ada pape lah..i penat je..banyak kes nak handle..”.
Dania membohong.

‘Sebenarnya betul kata Hariesz..Sejak seminggu ni mood aku berubah..Aku rasa nak marah..Sedih..Tak ceria macam dulu sehinggakan kawan-kawan satu ofis pun perasan perubahan mood aku tu..Begitu juga kalau di rumah..Aku akan bercakap perkara-perkara yang penting saja dengan papa dan mama selebihnya aku akan mendiamkan diri dan menangis di bilik..Aku tahu jika kita melanggar perintah ibubapa kita, kita akan berdosa..Aku sendiri tak tahu apa yang perlu aku buat sekarang..Aku buntu..Jiwa aku memberontah..Hati aku terseksa yang teramat sangat!’.
Bisik hati Dania.

‘Ya Allah ya Tuhan ku..Kau bantulah hamba mu ini…berikanlah aku jalan yang terbaik buat diriku..Sesungguhnya aku lemah, tak berdaya…’.
Rintih hati Dania lagi.

            “Sayang..kenapa ni..termenung je..any problem?”.
Tanya Hariesz lagi sambil memengang tangan Dania dengan erat.

‘Hmmmm…nak cakap ke tak? Nak ke tak?’.
Bisik hati Dania.
           
“Err….Hariesz…maafkan i…actually i nak mintak break..i hope you accept..Tolong jangan tanya i kenapa sebab i tak ada jawapannya..Please..Lepaskan i! cari orang lain yang boleh bahagiakan you…maafkan i..”.
Ujar Dania sambil bangun meninggalkan Hariesz dalam keadaan terpinga-pinga.
Belum sempat aku melangkah jauh, tangan aku ditarik kuat oleh Hariesz.

“Dania! Apa ni? Apa you cakap ni? i tak faham!”.
Tanya Hariesz bertalu-talu.
            “Please Hariesz let me go! Jangan cari i lagi..mulai sekarang kita putus!”.
Kata Dania tegas.
            “Dania…apa salah i? apa dosa i pada you sampai you buat keputusan macam ni…Please tell me the true! iwant to know!”.
Ujar Hariesz sambil memengang tangan Dania.
            “Jangan tanya i! please Hariesz! Please leave me!”.
Jawab Dania dengan nada yang tinggi.

Dania segera berlari ke arah kereta dan terus memcut laju meninggalkan Hariesz keseorangan. Kelihatan air matanya berguguran jatuh menyembah bumi. Dia tidak dapat menahannya lagi. Bagi dia, hidupnya dah hancur dan tidak bermakna lagi.


 ***




Hampir setengah jam dia memberhentikan kereta di bahu jalan di suatu jalan yang sunyi dan gelap. Entah kenapa dia merasakan aku begitu berani menggunakan jalan itu sedangkan ramai orang sudah mengatakan bahawa jalan itu mempunyai penunggu. Sebenarnya dia sendiri tidak tahu kemana arah yang perlu dia tuju. Fikirannya tak menentu, jiwanya tak tenang. Hanya tangisan yang menjadi penemannya ketika itu.
  Sedang dia meratapi kesedihan, muncul seorang makcik berbaju serba putih mengetuk pintu cermin kereta Dania.

“Nak..ada masalah ke? Tak elok duduk seorang diri dalam kereta ni..lagi-lagi malam macam ni..apa-apa boleh berlaku..jalan sini dah la sunyi..”.
Ujarnya sambil tersenyum.
            “Err…hati saya tak tenang makcik..Jiwa saya memberontak..”.
Jawab Dania sambil menagis tersedu-sedan.
            “Cuba cerita dengan makcik..Anak ada masalah dengan keluarga anak ke?”.
Tanyanya lembut.
            “Iya makcik..Keluarga saya paksa saya kahwin dengan sepupu saya..Saya tak cinta dan sayang dia..Saya suka dengan orang lain..Tapi mereka tak faham perasaan saya..”.
Cerita Dania panjang lebar.
            “Anak…percayalah..Setiap apa yang dirancangkan oleh ibubapa kita ada hikmahnya..Mungkin hari ini anak tak suka pilihan mereka..Tapi siapa tahu lama kelamaan anak akan bahagia dengan dia..Tak elok ingar dengan perintah ibubapa..Jangan jadi anak deraka..Tak cium syurga nak..Ingatlah pesanan makcik..”.
Ujar makcik itu sambil tersenyum.

Belum sempat Dania berkata apa-apa kelihatan kelibatnya hilang dari pandangan. Tiba-tiba bulu roma dia berdiri tegak. Dia segera mengucap panjang lalu beredar dari situ tanpa membuang masa lagi.







 *** 



            Sedang Dania bersarapan pagi bersama papa dan mamanya pada suatu pagi, dia telah memberanikan diri untuk bersuara.

“Pa..Ma..Nia setuju..”.
Ujar Dania acuh tak acuh.

Kelihatan papa dan mama tersentak dan terkejut mendengar kata-kata anaknya itu.
           
“Apa sayang?Ulang balik..”.
Ujar Datuk Razif sambil memandang tepat ke anak mata Dania.
            “Nia kata Nia setuju dengan pilihan papa dan mama..”.
Jawab Dania jelas sambil menyuapkan bihun goreng ke dalam mulut.
            “Betul Nia?”.
Ujar Datin Zarina pula sambil memeluk Dania.

Dania hanya mengangguk-anggukkan kepala tanpa berkata apa-apa.

Thanks sayang..”,
Ujar Datin Zarina sambil mengucup pipi Dania.
            “Nia..percayalah..ada hikmah disebalik semua ni…hanya tuhan je yang tahu disebalik ini semua..”.
Ujar Datuk Razif dengan lembut.

Dania hanya menundukkan kepala tanpa berkata apa-apa pun. Dia tidak berminat untuk mendengar apa-apa. Apa yang penting dia sudah setuju dengan permintaan mereka.



***Bersambung*** :-D 

No comments:

Post a Comment