3/11/2012

Bab 12


Kuala Lumpur








            “Nia…kami ada sesuatu nak bincang..”.
Ujar papa dengan lembut sewaktu Dania duduk disisi mamanya di ruang tamu rumah bangle mewah tersebut.
            “Nak bincang apa pa..ma..”.
Tanya Dania lembut sambil membelek-belek majalah hiburan di tangan.


‘Ni ke rupanya pelakon Singapore tu..Hansome jugak..macam pernah jumpa lah..dekat mana ek?’.
Desis Dania di dalam hati.
           
“Hmmm..papa dan mama nak kamu kahwin..”.
Kata datuk Razif memulakan bicara sambil memandang mama.

Dania yang ketika itu sedang belek majalah tersentak dan terperanjat.
           
“Hah! kahwin?”.
Tanya Dania dengan nada terkejut.
            “Ya! kahwin..”.
Ujar Datuk Razif lagi.

Datin Zarina yang duduk disisi anaknya hanya mendiamkan diri saja tanpa berani mencelah.
           
“Hari tu papa kata jangan kahwin dulu..kejar kerjaya dulu..”.
Perili Dania sinis.
            “Hari tu papa kata sebab papa tak mahu kamu rapat dengan boyfriend kamu tu..sekarang lain..”.
Kata Datuk Razif serius.
Dania hanya terdiam.

‘Papa tahu ke hariesz tu boyfriend aku? Macam mana papa tahu?’.
Desis hati Dania.
           
“Hmmm..papa nak kamu kahwin dengan sepupu kamu Ary..anak mak long..”.
Kata papa sambil memerhatikan Dania.
            “Ary? Anak mak long?”.
Tanya Dania sedikit terkejut

‘Adui! Macam mana papa dan mama boleh ingat lagi ni?’.
Bisik Dania di dalam hati.
           
“Ye Nia..kamu dah lupa ke dulu kamu ditunangkan dengan Faqhary..masa umur kamu 15 tahun..sekarang dah patut sangat kamu kahwin dengannya..”.
Giliran Datin Zarina pula bersuara.
            “Tunang?”.
Tanya Dania lagi seolah-olah tidak tahu hal yang sebenar.

Dania sengaja buat-buat terkejut. Sebenarnya selama ini dia amat risau dengan perkara ini. Dia dah dapat agak perkara ini pasti akan dibangkitkan suatu hari nanti.

Dania menghela nafas yang panjang sambil tunduk memandang lantai.

            ‘Masalah besar ni!’.
Desis Dania lagi.

“Aduh! Kamu jangan buat-buat tak tau Nia..dulu masa umur kamu 15 tahun..masa tu kita duduk dekat Melaka lagi..kamu telah ditunangkan dengan Faqhary..anak mak long kamu..sepupu kamu yang selalu main kejar-kejar masa kecik..selalu gaduh..selalu ejek dia..tak kan kamu tak ingat Nia?”.
Tanya Datuk Razif dengan bernada tegas.
            “Hmm..Nia ingat..tapi Nia tak ingat yang Nia telah ditunangkan..”.
Bohong Dania.
            “Hmmm…sekarang kamu dah 25 tahun..Ary dah 27 tahun..memang sesuai sangat kahwin masa ni..dulu janjinya pun macam ni la..”.
Kata Datin Zarina dengan nada yang perlahan tapi tegas.
            “Err…Nia tak nak kawin!”.
Kata Dania dengan memberanikan diri sambil memandang wajah papa dan mamanya.
            “Kenapa?”.
Tanya Datuk Razif tegas.
            “Sebab..sebab..err..”.
Jawab Dania terketar-ketar.

‘Nak cakap ke tak? Nak ke tak?’.
Dania berbelah bahagi.
           
“Sebab apa?”.
Tanya Datin Zarina pula.
            “Sebab..Nia tak cinta dia..Nia cinta orang lain..”.
Akhirnya Dania memberanikan diri untuk bersuara.
            “Nia cintakan siapa? Budak lelaki tu?”.
Ujar Datuk Razif dengan nada yang agak keras.
            “Ya pa..ma…”.
Jawab Dania sayu.
            “No! Nia kena kahwin dengan Ary! No matter what u must marry with him!”.
Ujar Datin Zarina tegas.
            “Pa!ma!”.
Dania menjerit.
            “No Nia! Janji tetap janji! Kamu tetap kena kahwin!”.
Ujar Datuk Razif pula dengan tegas.
            “Nia tak nak..tolonglah...Nia cinta Hariesz….Nia nak kahwin dengan dia..”.
Ujar Dania sayu.

Kali ini air mata Dania bergenang. Hampir saja dia menitiskan air mata tapi dia menahan.
            “Nia…kamu dah bertunang sejak kecik..tolong lah faham..berdosa kita mungkir janji sayang..”.
Pujuk Datin Zarina sambil mengusap belakang Dania.
            “Itu janji mama! Bukan Nia!”.
Jawab Dania sambil bangun dan berlari menuju ke anak-anak tangga..
            “Nia!”.
Jerit Datuk Razif dengan kuat.

           


 ***


“Astarafirullah al azim…tengok anak kamu tu..tak pernah-pernah dia tinggikan suara pada kita..tengok sekarang!”.
Ujar Datuk Razif kepada isterinya.
            “Abang….sabar ye..budak zaman sekarang macam tu lah..”.
Pujuk isterinya sambil mengurut dada suaminya.
            “Abang bukan nak halang dia berkawan dan berkahwin dengan sesiapa..tapi kita dah terikat pada janji..kita kena tunaikan..”.
Jawab Datuk Razif dengan nada perlahan sambil memandang wajah isterinya.
            “Salah kita juga abang sebab terima peminangan mereka dulu..”.
Ujar Datin Zarina sayu.
            “Nak buat macam mana? janji tetap janji..kita kena ingat tu..”.
Kata Datuk Razif sambil memandang wajah isterinya.
            “Awak cubalah pujuk dia..”.
Sambung Datuk Razif lagi.
            “Biarlah dia sejuk dulu…insayaallah dia akan faham situasi kita..saya yakin..”.
Ucap Datin Zarina.




 ***



Kelihatan bunyi suara tangisan orang menangis di dalam bilik yang dihiasi serba mewah.

‘Kenapa aku yang jadi mangsa? Kenapa ku kena kahwin dengan orang yang aku tak suka? Tak cinta? Kenapa?’.
Tanya Dania bertalu-talu di dalam hati.
            
   Sepanjang malam Dania meratapi kesedihan sehingga dia tidak turun makan apabila mamanya memangilnya. Entah kenapa dia merasa sangat sedih dan marah terhadap mama dan papanya. Marah yang teramat sangat sehingga dia tak dapat mengawal perasaannya lalu membaling semua barang yang ada dalam biliknya dengan kasar. Mahu saja dia menjerit untuk melepaskan geram yang terbuku di dada. Tetapi apabila difikir secara rasional ada baiknya adia bersabar dan berfikir secara tenang.

***Bersambung** :-D

No comments:

Post a Comment