3/09/2012

Sinopsis D.S.T.M


                Faqhary dan dania sepasang sepupu yang telah ditunangkan sejak daripada kecil. Mereka amat mencintai diantara satu sama lain. Apabila mereka besar, masing-masing terpisah kerana mengikut keluarga berpindah ke tempat lain.
                Faqhary, seorang pelakon yang terkenal di Singapore mahupun Malaysia. Dia digilai oleh ramai wanita dan sering diburu oleh peminatnya. Rupa parasnya yang handsome membuatkan dirinya merasa bangga dan seringkali bertukar-tukar pasangan.
                Dania pula seorang wanita yang mempunyai paras muka yang cantik, berkulit mulus, putih melepak, kurus dan tinggi menjadi igauan kepada kekasih hatinya, Hariesz. Mereka saling mencintai diantara satu sama lain tetapi dia telah merahsiakan hubungan cintanya daripada keluarganya.
                Apabila umur mereka mencapai 25 dan 27 tahun, mereka harus disatukan dalam perkahwinan. Faqhary yang sememangnya mencintai Dania sejak daripada kecil menyambut baik tentang perkahwinan itu tetapi dalam masa yang sama dia merasa serba salah kerana mendapat tahu bahawa Dania tidak lagi mencintainya. Pada mulanya Dania menolak perkahwinan itu tetapi setelah difikir-fikirkan olehnya dia menerima segala keputusan yang telah dibuat.
                Bermulalah babak percintaan semula diantara Dania dengan Faqhary sehinggalah Dania dapat menerima Faqhary dalam hidupnya. Berbeza dengan Faqhary, dia sentiasa melakukan yang terbaik untuk Dania bagi merebut cintanya semula.
                ‘Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari’ begitulah ungkapan yang boleh dikaitkan denagn hubungan mereka. Muncullah Zita dipertengahan perkahwinan mereka yang menjadi parasit dalam hubungan mereka.
                Selamilah pengorbanan Dania dan mampukah Faqhary dan Dania hidup bahagia? Semua akan terjawab dalam ‘dugaan sebuah taj mahal’

                                                          ***

3 comments: