Faqhary
dan dania sepasang sepupu yang telah ditunangkan sejak daripada kecil. Mereka
amat mencintai diantara satu sama lain. Apabila mereka besar, masing-masing
terpisah kerana mengikut keluarga berpindah ke tempat lain.
Faqhary,
seorang pelakon yang terkenal di Singapore mahupun Malaysia. Dia digilai oleh
ramai wanita dan sering diburu oleh peminatnya. Rupa parasnya yang handsome
membuatkan dirinya merasa bangga dan seringkali bertukar-tukar pasangan.
Dania
pula seorang wanita yang mempunyai paras muka yang cantik, berkulit mulus,
putih melepak, kurus dan tinggi menjadi igauan kepada kekasih hatinya, Hariesz.
Mereka saling mencintai diantara satu sama lain tetapi dia telah merahsiakan
hubungan cintanya daripada keluarganya.
Apabila
umur mereka mencapai 25 dan 27 tahun, mereka harus disatukan dalam perkahwinan.
Faqhary yang sememangnya mencintai Dania sejak daripada kecil menyambut baik
tentang perkahwinan itu tetapi dalam masa yang sama dia merasa serba salah
kerana mendapat tahu bahawa Dania tidak lagi mencintainya. Pada mulanya Dania
menolak perkahwinan itu tetapi setelah difikir-fikirkan olehnya dia menerima
segala keputusan yang telah dibuat.
Bermulalah
babak percintaan semula diantara Dania dengan Faqhary sehinggalah Dania dapat
menerima Faqhary dalam hidupnya. Berbeza dengan Faqhary, dia sentiasa melakukan
yang terbaik untuk Dania bagi merebut cintanya semula.
‘Ku sangkakan panas hingga ke petang,
rupanya hujan di tengah hari’ begitulah ungkapan yang boleh dikaitkan
denagn hubungan mereka. Muncullah Zita dipertengahan perkahwinan mereka yang
menjadi parasit dalam hubungan mereka.
Selamilah
pengorbanan Dania dan mampukah Faqhary dan Dania hidup bahagia? Semua akan
terjawab dalam ‘dugaan sebuah taj mahal’
***
Nantikan permulaan ceritanya.. :)
ReplyDeletehmm...mcm menarik je jalan ceritanya... :)
ReplyDeletenantikan sedutan bab akan dtg... :-)
ReplyDelete