Melaka
Januari 1991
Suatu petang yang tenang, kelihatan
dua orang kanak-kanak dalam linkungan usia 10-12 tahun sedang duduk di tepi
sungai sambil membaling-baling batu.
“Dania…nanti bila dah besar kita kahwin nak?”.
Ujar Faqhary dengan selamba.
“Ah!
Tak nak lah aku! Kau dah lah gemuk..hitam pulak tu! Ko ingat aku selera dengan
kau ke?”.
Perli Dania sinis.
“Sampai
hati kau Nia..tak pe nanti bila aku dah besar mesti aku kurus..putih…kau pun
nanti tergila-gila kat aku..
Faqhary merajuk sambil membaling batu ke dalam
sungai.
“Ah!
Tak ade maknanya aku nak tergila-gila kat kau! Please!”.
Ejek Dania.
“Kau
tengok jelah nanti..mesti kau terbayang-banyang kat aku siang dan malam..masa
tu aku pun dah tak nak dengan kau sebab kau ni sombong sangat!”.
Marah Faqhary.
“Hmmmm…tak
heran aku setakat muka macam kau ni..hitam!!!!!!!!!!!gemuk!!!!”.
Ujar Dania sambil membaling batu ke arah Faqhary
dan terus berlari meninggalkannya.
“Dania!!!!!!
Ingat! Ko mesti kahwin dengan aku! Aku tak kira!”.
Jerit Faqhary lantang.
“Gila!
Kecik-kecik dah ajak kahwin tak tahu malu ke?”.
Jerit Dania sambil berlari menuju rumahnya di
seberang sungai.
‘Ah!
Apa terjadi pun mesti aku kahwin dengan kau Nia!’.
Desis hati Faqhary.
Best la...:-) sweet je..die org tu..
ReplyDelete