3/10/2012

BAB 2



3 tahun kemudian…






            “Zarina..apa kata kita tunangkan Faqhary dengan Dania?”.
Ujar Suhaila kepada adiknya pada suatu petang.
            “Nak tunangkan mereka? Mereka masih muda lagi lah kak Su..Dania baru 13 tahun Zaqhary pulak baru 15 tahun tak kan nak tunangkan kot? Mereka masih bersekolah lagi”.
Kata Zarina dengan nada pelik dan hairan sambil memandang wajah kakaknya itu tanpa berkelip.
            “Aku suka sangat dengan Dania..mereka secocok dan sepadan..tak lama lagi aku dan abang Ham dah nak pindah JB..aku tak nak Dania terlepas pada tangan orang lain Zarina..aku nak mereka berkawin bila mereka besar nanti..”.
Ujar Suhaila dengan bersungguh-sungguh.
            “Ya lah Zarina..anak kamu tu dengan anak kami beza dua tahun je..lagipun mereka berdua tu sepupu..tak hilanglah keturunan cina melayu kita ni…aku tak mahu mereka kahwin bukan sama keturunan dengan kita..”.
Kali ini giliran Hamly pula berkata.
            “Saya bukan apa kak Su, abang Ham..saya memang suka mereka disatukan..tapi tak awal ke kita nak tunangkan mereka tu..manalah tahu bila dah besar nanti masing-masing ada pilihan hati sendiri..dah bermasam muka pulak kita nanti..hujung-hujung kita jumpa jugak..sialp-silap nanti boleh buang sedara tu…”.
Terang Zarina dengan nada yang serius.
            “Betul tu kata Zarina..saya pun risau jugak tu..manalah tahu nanti tak jadi..boleh gaduh besar kita nanti..”.
Ujar Razif, suami Zarina sambil ketawa kecil.
            “Kamu janganlah fikir macam tu..kalau kita fikir buruk..buruklah jadinya..sebab tu kami nak kita tunangkan mereka daripada sekarang..biar mereka tahu yang mereka tu dah ada ikatan..jadi masing-masing tak payah lah nak cari teman hidup lagi..tak gitu abang?”.
Suhaila memandang suaminya untuk meminta sokongan.
            “Ya Zarina, Razif..kamu setuju je lah….bukan orang lain yang jadi menantu kamu..kami juga kan..nanti bila umur mereka masing-masing mencapai 25 tahun dan 27 tahun kita kawinkan mereka..”.
Kata Hamly pula.

Razif dan Zarina berpandangan sesama sendiri..

            “Macam mana abang? Saya pun tak tahu nak kata apa..saya ikut abang je…abang bapaknya..”.
Zarina menggarukan kepalanya yang tak gatal.
            “Hmmm..kalau macam tu…kami setuju je lah…tapi kita kena selalu ingatkan mereka yang mereka tak boleh cari pasangan lain…sebab mereka dah ada ikatan..”.
Jawab Razif sambil tersenyum sinis.
            “Yang tu kamu jangan risaulah Zarina, Razif pandailah kami uruskan nanti..”.
Ujar Suhaila dengan sambil ketawa riang.
            “Ni hah…aku bawakan cincin tanda pertunangan mereka..aku dipihak lelaki mestilah datang bawa tanda walaupun kita adik-beradik..adat melayu tetap kena ikut walaupun kita keturunan melayu-cina..”.
Suhaila menyorong cincin ke arah Zarina dan Razif sambil tersenyum lebar.
            “Kami daripada pihak perempuan..terima je…”.
Kelihatan mereka ketawa beriringan.






***


Kelihatan Dania sedang mengintai perbualan mamanya dengan mak long dan pak long mereka disebalik lipatan kain langsir di biliknya. Kelihatan dia tersenyum-senyum seorang diri sambil mencuri perbualan tersebut. Hatinya berbunga-bunga apabila mendengar dia telah ditunangkan dengan Faqhary..walaupun dia selalu membuli dan mengejek-ejek sepupunya itu, tetapi dia mempunyai perasaan terhadapnya.

‘Yes! Faqhary akan kahwin dengan aku! bestnya…..tak sabar nak tunggu besar lah…’.
Desis hati Dania.


***Bersambung*** :-D

No comments:

Post a Comment