3/10/2012

BAB 3


Kuala Lumpur - Mac 2008







Suatu pagi yang tenang dan damai, kelihatan seorang posmen sedang menghantar surat dari rumah ke rumah dengan menaiki motorsikalnya. Setibanya dihadapan sebuah rumah banglo mewah tiga tingkat milik kepunyaan ahli perniagaan terkenal, dia menekan lonceng rumah itu lalu memberikan surat berdaftar itu kepada penghuni rumah tersebut.

            “Tahniah sayang! Tak sangka mama Nia dapat kerja secepat ini..Padahal Nia baru je grad awal tahun hari tu kan..alhamdulilah..syukur ya tuhan!”.
Ujar datin Zarina kepada Dania sejurus membaca surat yang telah diterima oleh anaknya.
            “Ma..Nia tak sabar nak bagitahu pada papa..Tadi Nia ada call tapi tak angkat pun…”.
Ujar Dania dengan perasaan bangga.
            “Nia..Mungkin papa busy ni..Yelah sejak kebelakangan ni papa asyik balik lewat je..Katanya banyak projek masuk bulan ni..”.
Terang Datin Zarina kepada anaknya.
            “Nia just nak papa tahu je..”.
Kelihatan nada aku berubah menjadi sugul.
            “Sayang..Nanti bila mama dapat call papa mama bagitahu okey..hmmm…So bila start keja ni?”.
Tanya Datin Zarina sambil mengusap-usap kepala anaknya dengan lembut di ruang tamu rumah mereka.
            “Start awal bulan ni ma..Sekarang pun dah nak hujung bulan..Lagi 2 minggu lagi la nampaknya ma…”.
Bicara Dania sambil membaca semula surat yang baru diterimanya.
            “Hmmm…kalau macam tu..Esok petang kita shopping okey..Bolehlah Nia cara baju, kasut, handbag..ya la..Nak jadi peguam ni mestilah kena bergaya sikit barulah client confident dengan kita..”.
Datin Zarina ketawa kecil.
            “Okey jugak tu ma..Dah lama tak shopping ni..nak harapkan credit card yang papa bagi ni tak cukup..Boleh lah guna credit card mama...”.
Jawab Dania sambil ketawa nakal.
             “Ha! Pandailah kamu..Papa bagi kat kamu bukan untuk shopping sakan tau tak?”.
Kata Datin Zarina dengan nada sinis.
            “Ala ma ni..Sekali sekala belanja anak kesayangan mama ni apa salahnya kan?”.
           “Banyak lah kamu..Dah start kerja ni jangan lupa simpan duit..Bukan buat shopping!”.
Perli Datin Zarina.
            “Yelah ma..Tak lupa punya..”.
Jawab Dania ringkas.

            ‘Aku betul-betul tak sangka yang aku dapat kerja secepat ini. Ramai kawan-kawan aku yang sama-sama grad masih belum dapat kerja lagi..Mungkin ini dikatakan rezeki. Aku bersyukur padamu tuhan kerana memberi peluang untuk aku bekerja. Aku tak akan sia-siakan peluang ini..Aku akan bekerja dengan bersungguh-sungguh. Itulah harapan dan azam aku!’
Bicara aku dalam hati.

           

 ***


Malam tersebut, Datuk Razif pulang lebih awal hari ini berbanding dengan hari lain. Dania cuba mengambil peluang ini untuk memberitahu berita baik ini kepadanya.
            
            “Hmmm…papa…hmmmmm…Nia dah dapat kerja..”.
Dania memberanikan diri untuk memberitahu kepada papanya sewaktu makan malam.
            “Papa dah tahu dah..mama cerita tadi..”.
Ujar Datuk Razif sambil memandang anaknya.
            “Hmmm..Papa macam tak suka je?”.
Tanya aku sambil memandangnya.
            “Siapa kata papa tak suka? Papa lagi suka kalau Nia kerja dengan papa..belajar buat bisness..”.
Jawab Datuk Razif dengan selamba.
            “Bukan Nia tak nak pa..Tapi ni cita-cita Nia dari kecik..”.
Dania menundukkan kepala.
            “Ya papa tahu..Tapi sampai bila nak kerja makan gaji? Anak kawan papa semuanya lepas grad tolong papa mereka uruskan bisness..Nia tak sayang papa ke? Sanggup tengok papa handle bisness sorang-sorang?”.
Tanya Datuk Razif dengan nada yang sayu.
            “Kesian pa..Tapi..”.
Jawab Dania dengan terketar-ketar.
            “Tapi apa sayang?”.
Soalnya.

Kali ini nadanya sedikit lembut daripada tadi.
           
“Boleh tak bagi Nia peluang dalam 2-3 tahun dalam bidang law ni..Lepas tu Nia janji akan tolong papa handle syarikat..Please pa..”.
Rayu Dania.

Tiada jawapan. Datuk Razif hanya mendiamkan diri tanpa berkata apa-apa.
           
“Abang…Nia…dah la..Makan dulu..Depan rezeki tak baik bergaduh…”.
Celah Datin Zarina dengan nada bersifat keibu-ibuan..

5 minit kemudian kelihatan Datuk Razif bersuara kembali.
           
“Okey! Papa bagi kamu 2 tahun je..Lepas tu kamu kena tolong papa okey?”.
Ujar Datuk Razif dengan serious.
            “Okey pa…Nia promise!”.
Dania menjawab dengan nada gembira.
           
‘Yes! Nasib baik papa consider dengan keputusan aku..Aku bukan tak nak tolong dia dekat ofis, tapi apa salahnya kalau aku teruskan dengan cita-cita aku..Nanti bila aku dah mula bosan barulah tolong papa..’.
Desis Dania dalam hati.


***Bersambung*** :-D

No comments:

Post a Comment