Hampir tiga minggu Dania bertugas sebagai seorang
peguam di sebuah firma guaman yang terkenal di Kuala Lumpur. Baru beberapa hari
Dania melapor diri, dia telah diberikan tugasan yang berat. Mahu taknya dia
terpaksa mengendalikan kes pembunuhan kejam seorang suami. Pada mulanya dia
sedikit terkejut, kenapa dia yang tak mempunyai apa-apa pengalaman diberi
tugasan seperti ini tetapi setelah diterangkan oleh Datuk Raqif selaku bosnya, Dania terima kes ini dengan baik dan menyahut cabaran yang diberikan. Sedang Dania sibuk berbincang dengan rakan
sekerjanya, kedengaran bunyi handphone
iphone miliknya berbunyi dering.
“Hello
sayang..”.
Dania menjawab panggilan itu dengan riang.
“Hai sayang..Busy ke? Sorry..i just
nak ajak you pergi lunch je…dah lama kita tak lunch sama..Yalah orang tu dah sibuk
jadi lawyerkan..Manalah ingat kat i…”.
Ujar Hariesz, boyfriend
Dania.
“Sayang...i memang nak call you tadi..tapi lupa pulak..i
ingat dekat you sayang…hari-hari i
ingat tau..”.
Jawab Dania dengan nada manja.
“Ye
lah..So macam mana nk lunch sama tak? Pukul 3 petang ni i ada class…”.
Tanya Hariesz dengan nada mengharap.
“Okey..okey sayang..kite lunch sama okey..”.
Jawab Dania tanpa berlengah.
“I pick up you okey…you tunggu dalam 10 minit i
sampai…”.
Jawab Hariesz sambil ketawa kecil.
“Sayang..you kat mana sekarang ni? UPM dengan
sinikan jauh..For sure sekarang jalan
jem gila..”.
Ujar Dania dengan sedikit rasa kehairanan.
“Baby..i sebenarnya dah ada dekat area you ni…i saje je datang dulu baru call…”.
Hariesz ketawa kecil.
“You ni sayang! Tak suka tau buat macam
ni..kalau i busy tadi macam mana?”.
Marah Dania.
“Kalau
you busy i makan sorang-sorang lah
nampaknya..Nak buat macam mana buah hati i
kan busy women…”.
Sindir Hariesz.
“Hmmm..You
ni memang nak kena tau!”.
Marah Dania lagi
“Kena
apa baby? Kena kiss ke?”.
Usik Hariesz sambil ketawa.
“Gatal
lah you ni…tak tahu malu ke?”.
Balas Dania.
“Hmmm..tak
pun..i memang tak tahu malu…”.
Kali ini Hariesz ketawa besar.
Dania berdehem kuat.
“Sayang..cepat..turun..i dah nak sampai ni…”.
Sambung Hariesz lagi.
“Okey..wait!”.
Dania memutuskan talian.
Lima minit kemudian Dania turun ke tingkat satu
dan menunggu kedatangan Hariesz di pintu gerbang. Kelihatan kelibat Toyota Vios berwarna putih memasuki
perkarangan Wisma Unggu dan berhenti di hadapan aku. Dania segera meloloskan
diri ke dalam kereta dan menuju ke destinasi yang tidak diketahui.
Setengah jam kemudian mereka tiba di sebuah
restoran makanan ala-ala kampung di Kampung Baru. Dania dan Hariesz sengaja
memilih restoran tersebut kerana kari ayam kampungnya sedap itu yang membuatkan
kedai makan itu dikunjungi oleh ramai orang.
“Sayang..How
you work? Okey?”.
Tanya Hariesz sambil menyuap nasi ke mulutnya.
“Hmmm…everthing is okey sayang…you pulak macam
mana? Student ramai kacau you tak? Ye
la boyfriend i ni kan handsome..”.
Giliran Dania mengacukan soalan dengan selamba
sambil mengigit ayam goreng.
‘Memang
tak nafikan Hariesz seorang lelaki yang mempunyai rupa paras yang menarik,
potongan badan macam model dan berkelit cerah..beruntunglah aku dapat
mendampingi Hariesz…’.
Desis hati Dania
‘Ehmmm
boleh tahan juga makanan kat sini tak rugi aku datang’.
Ujar Dania
dalam hati lagi.
“You jangan risau sayang..Tak ada maknanya student i nak ngurat i…i garang tau kat class”.
Kata Hariesz sinis.
“Hmmm..Yelah
tu..Mana lah nak caya kan..Sekarang lecture
ke dekan ke student sapu je..lagi-lagilah macam you..”.
Jawab Dania bernada bersahaja.
“Hey!
Excuse me sayang..Bukan taste i tau student ni..taste i lawyer..”.
Hariesz ketawa kecil.
“Halo! Sape lawyer tu?”.
Tanya Dania ingin kepastian.
“You lah sayang sapa lagi..Nur Dania
Fariesya Datuk Razif..Gila i tak
sayang? Sayang tau!”
Ujar Hariesz sambil mencuit dagu Dania.
“Promise you sayang i?”.
Dania memandang tepat anak mata Hariesz.
“Ye
sayang! Promise! i sayang you
sangat!”.
Kelihatan Hariesz menganggkat tangan kanannya
tanda bersumpah.
“Hmmm..bila
you nak jumpa papa dan mama i?”.
Tanya Dania serious.
“Hmmm..you
dah ready ke sayang? i bila-bila on je..i tak kisah..”.
Jawab Hariesz dengan selamba.
“Nantilah
i fikirkan okey..sayang..”.
Dania tunduk sambil memandang makanan dipingan.
Ada sesuatu yang terbuku di dalam hati Dania.
jelas kelihatan riak wajahnya kelihatan sugul seketika. Melihat keadaan itu,
tanpa berlengah Hariesz segera memujuk Dania.
“Sayang..kalau you tak ready tak pe..take it time
okey..i tak paksa you..”.
Pujuk Hariesz apabila melihat riaksi muka Dania
tiba-tiba berubah.
Dania hanya memandang Hariesz sambil melemparkan
senyuman kecil buatnya. Otak Dania ligat memikirkan tentang hal tersebut. Dania
dan Hariesz telah saling kenal-mengenali sejak lima tahun yang lalu semasa mereka
sama-sama belajar di UK. Hariesz mengambil jurusan seni bina dan Dania pula mengambil
jurusan undang-undang. Harieszlah lelaki yang Dania cintai dan berharap agar hubungan
mereka akan berakhir ke jinjang pelamin.
***Bersambung*** :-D
No comments:
Post a Comment