“Astarafirullah
al azim!”.
Ucap
aku dengan nafas turun-naik seperti baru lepas berlari 100 meter.
Aku mengerling ke arah jam yang
berada di atas meja sudut di sisi katil.
‘Ah!
baru pukul 1.30 pagi! Masih awal lagi!’.
Ucap
aku dalam hati.
Aku mengelap peluh yang memercik di
dahi aku. Baru saja tadi aku bermimpi aku telah di kejar oleh satu lembaga
hitam yang besar dan menggerunkan. Aku masih ingat lagi rupa lembaga itu. Berwajah
hodoh, mempunyai mata satu, lidah terjelir dan kulit yang terkopak-kopak penuh
dengan nanah serta darah. Aku sendiri tak tahu kenapa aku mimpi seteruk itu.
Yang amat menghairankan aku, kelihatan seorang lelaki yang tidak aku kenali
datang menolong aku. Aku tidak kenali gerangan lelaki itu. Tapi apa yang pasti
lelaki itu berwajah kacak, tinggi lampai, berkulit putih melepak, berhidung
mancung dan bertubuh tegap.
‘Ah! Lantaklah nasib baik tu mimpi
je..kalau betul-betul mati aku..ish! menakutkan!’.
Aku
mengomel di dalam hati.
Aku
bangun lalu membersihkan muka di bilik air. Sejurus kemudian, aku keluar
daripada bilik dengan keadaan yang lemah longlai disamping dengan rambut yang
kusut-masai. Aku merasa sedikit hairan apabila melihat ruang tamu diterangi
dengan lampu neon yang terang-benderang. Termasuk juga dengan televisyen yang
masih terpasang. Aku segera menutup lampu dan hanya meninggalkan satu lampu
sudut yang terpasang. Aku baring di sofa sambil menonton siaran televisyen.
Sedang aku leka menonton
televisyen, bahu aku disapa lembut. Lantas aku menoleh dan menjerit kuat. Aku
melihat susuk tubuh yang lengkap dibaluti kain telekung berwarna putih berdiri
di hadapan aku. Tiba-tiba jantung aku berdegup kencang. Lantas aku menutup muka
dengan kedua tangan ku lalu menjerit dengan kuat.
“Tooooolongggggggggggggg!
Jangan makan aku!”.
Jerit
aku kuat.
“Woi! Aku lah!”.
Kedengaran satu suara bergema
sambil mengoyang-goyangkan tubuh aku dengan kuat.
Dengan
perlahan-lahan aku membuka mata aku dan melihat tubuh Faz berada di hadapan aku
sambil ketawa berdekah-dekah melihat aksi aku yang sedang dalam ketakutan.
“Kau
ni Faz! Terkejut aku tau!”.
Jerit
aku dengan kuat sambil mengurut dada.
Sempat juga aku menghadiahkan
‘penampar’ hebat di punggung Faz yang meruncing itu. Kedengaran Faz ketawa
kecil sambil membuka telekung yang dipakainya.
“Yang kau pun satu tak tidur lagi
kenapa? Lepas tu duduk dalam gelap ni dah kenapa? Berangan?”.
Tanya
Faz sambil duduk di sebelah aku.
“Aku tersedarlah..yang kau pun satu
tiba-tiba datang berbungkus macam ni buat apa? Pakai telekung bagai! Dah lah
warna putih takut aku tau tak?”.
Marah
aku sambil menepuk lengannya.
“Aduh! Sakitlah! Ya lah mana aku
tahu? Aku tadi solat hajat..aku tengok ruang tamu gelap-gelita je..pelik lah
aku! So aku tengoklah rupa-rupanya
kau!”.
Cerita
Faz dengan bersungguh-sungguh sambil memengang kain telekungnya.
“Oh! Rupanya kau lah tak tutup
lampu! Kau ni suka sangat membazirkan elektrik lah!”.
Sindir
aku sambil bangun menuju ke dapur.
“A’ah suka sangat! Bila lagi aku nak
membazir? Duit aku tak habis pakai..”.
Bidas
Faz sambil ketawa kecil di hujungnya.
“Banyak
lah kau! Nanti tuhan tarik duit kau baru padan muka!”.
Jerit
aku dari arah dapur.
Mata aku ligat mencari makanan
ringan yang boleh di makan di dalam kabinet dapur. Puas aku mencari tetapi
tidak juga kelihatan. Yang hanya adalah barang-barang dapur kering yang
tersusun rapi.
‘Dah habis ke? Hmmm..time nak makan
time tu habislah..yelah kan dah lama aku tak beli barang dapur..asyik busy
dengan kerja je sampai barang dapur habis pun tak perasan..hmm..minum je
lah..’.
Rungut
aku dalam hati.
Lantas aku berjalan menuju ke peti
sejuk lalu aku keluarkan minuman jus oren. Aku menuang di dalam dua biji gelas
kaca lalu aku bawa ke ruang tamu.
“Nah
air! Minum Faz…”.
Pelawa
aku lembut sambil duduk atas sofa.
“Thanks..”.
Ucap
Faz dengan lembut sambil meneguk minuman.
“Esok kau tak ada kelas pagi ke?”.
Tanya
aku.
“Hmmm…patutnya
ada..tapi esok aku kena hantar student
pergi pertandingan ‘English Speaking day’
dekat SMK Teknik Setapak…”.
Jawab
Faz sambil menonton siaran televisyen.
“Pertandingan tu start pukul berapa?”.
Soal
aku lagi.
“Dalam pukul 10.00 pagi…aku kena
bawa 10 orang student…”.
Jawabnya
lembut.
“Hmmm..esok aku lunch sorang-sorang lah nampaknya…”.
Keluh
aku.
“Alah…Zaidi kan ada..kau ajak lah
dia temankan kau lunch..”.
Sindirnya
sambil ketawa.
“Ah! Tak ada maknanya lah! Menyampah
aku dengan dia tau tak?”.
Marah
aku.
“Alah..kalau jadi apa salahnya..dia handsome apa? Dia admire kau dari dulu tau!”.
Ujar
Faz sambil tergelak kecil.
“Ah! Tak nak lah aku! handsome apa macam tu? Pendek, perut
buncit! Umur je 28 tapi nampak macam 38!”.
Kata
aku dengan nada keras.
“Kau jangan nak kutuk dia Qaliesya!
Karang kau kahwin dengan dia baru tahu!”.
Marah
Faz.
“Simpang malaikat 44!”.
Jawab
aku tegas.
“Tahu takut!”.
Ujar
Faz sinis.
“Dah lah Faz..aku nak tidur
lah..esok kelas awal lah..bosan pulak aku..rasa malas je nak mengajar…”.
Keluh
aku.
“Sabarlah babe..dah memang profession kita sebagai seorang pendidik..haruslah
mencurahkan ilmu kepada anak bangsa…”.
Hujah
Faz sambil memandang aku.
“Gilalah! Ayat kau macam PM lah!”.
Sindir
aku sambil ketawa kecil.
“Nama pun cikgu kan?”.
Jawab
Faz sambil tersenyum manis.
“Kau cikgu English okey! Bukan cikgu BM!”.
Sindir
aku.
“Kau pun sama okey! Dah lah! Aku pun nak tidur..melayan kau sampai esok pun tak
sudah!”.
Kata
Faz sambil berdiri.
“Hmm…tolong offkan tv tu okey..jangan biar dia terpasang 24jam..tak larat aku
nak membayar bil..”.
Kata
aku selamba.
“Baiklah makcik!”.
Sindir
Faz lagi.
Kami berjalan beriringan menuju ke
bilik masing-masing. Rumah yang kami diami itu mempunyai tiga bilik yang mana
aku penghuni bilik utama manakala Faz menghuni bilik yang kedua. Bilik ketiga
kami sengaja menjadikannya sebagai bilik tetamu. Aku dan Faz adalah sepupu.
Mama Faz adalah kakak sulung kepada mummy aku. Kami memang rapat sejak daripada
kecil. Kemana aku berada Faz akan ada bersama aku. Ibarat kata orang, kami tak
boleh dipisahkan. Faz tua setahun daripada aku. Kebetulan dia tak mempunyai
adik perempuan dan keluarganya telah menganggap aku sebagai adiknya.
Kami ditakdirkan sentiasa bersama
sejak daripada kecil. Kami belajar dalam jurusan yang sama dan juga ditempatkan
mengajar yang sama. Mungkin itu dinamakan rezeki. Kalau nak diikutkan ramai
kawan-kawan aku dipostingkan ke Sabah dan Sarawak. Nasib baiklah aku dapat di
sekolah yang sama dengan Faz. Kalau tak menangis tak berlagu lah mummy sebab
berjauhan dengan aku.
Aku menghempaskan badan ke atas
tilam empuk yang dipenuhi dengan teddy bear pemberian student aku sempena hari
guru tempoh hari. Kalau nak diikutkan aku baru je 5 bulan mengajar tetapi dapat
hadiah macam dah 5 tahun mengajar. Pelbagai hadiah yang aku terima salah
satunya adalah teddy bear. Macam tahu-tahu saja yang aku ni memang suka teddy
bear.
‘Biasalah perempuanlah katakan…’.
Desis
aku dalam hati.
Sedang aku baring sambil berangan,
tiba-tiba kedengaran handphone aku berbunyi dengan dering di atas meja sudut.
Aku bangun lalu mencapai handphone tersebut. Sempat lagi aku mengerling ke arah
jam.
‘Siapa ni? Malam-malam buta
call..tak senang aku nak berangan lah!’.
Desis
aku dalam hati.
“Hello…”.
Ucap
aku dengan nada agak keras.
“Hello baby…”.
Sapa
pemanggil itu dengan nada manja.
Aku segera melihat nombor yang
tertera di skrin handphone tersebut.
‘Fazery rupanya..’.
Kata
aku dalam hati.
“Hello sayang..kenapa tak tidur
lagi? You pakai handphone siapa ni?”.
Soal
aku hairan.
Setahu aku, aku simpan nombornya sejak
bertahun-tahun lagi tapi kali ini dia menghubungi aku dengan nombor tak pernah
aku kenali sama sekali.
“Sorry sayang..handphone i habis bateri lah..i guna handphone member i..i
baru je balik daripada futsal..i tengah minum ni..you tak tidur lagi?”.
Jawabnya
selamba.
“Tidur dah..tapi tersedar…you main
futsal? Dah lewat dah ni..”.
Ujar
aku hairan.
“Ye lah b..memang dah lewat..tadi i
balik keja lewat..member ajak main futsal so i ikut jelah..lagipun dapat
keluarkan peluh..daripada you asyik makan tidur je mana tak gemuk!”.
Sindirnya
sambil tergelak kecil.
“Alah…you ni..jahat tau! Okey fine! I gemuk kan? sebab tu you dah
tak nak i lagi!”.
Kata
aku dengan nada sedikit merajuk.
“Sayang..i gurau lah…you tetap
anggun dan cantik di mata i sayang…”.
Pujuknya
dengan nada manja.
“Iye lah tu b..”.
Balas
aku dengan nada hambar.
“Sayang…trust me okey..you sorang je dalam hati i!”.
Ujarnya
dengan nada serius.
Aku
ketawa kecil.
“Sayang!
You tak percaya pada i?”.
Soalnya.
“B…i percaya you lah sayang…i gurau
lah..”.
Kata
aku sambil ketawa kecil.
“You ni notty lah sayang…”.
Ujarnya
dengan sedikit nada lega.
“I tahu you sayang i..i pun sayang
you sangat..”.
Ucap
aku dengan ikhlas.
“I
love you baby..”.
Balasnya
lembut.
“I
love you too my dear..”.
Jawab
aku manja.
“Sayang…i letak dulu okey..member i dah jelling-jeling
ni..hmm..esok pagi i call you before you pergi kerja okey..you tidur tau sayang…good night..sweet dream..”.
Ucapnya
dengan romantik.
“Good
night sayang..take care..i miss you so much!”.
Jawab
aku dengan ikhlas.
Aku tersenyum-senyum ibarat kerang
busuk. Fikiran aku ligat membayangkan wajah Fazery yang tampan, berkulit putih,
hidung mancung, bertubuh kurus tinggi dan sikapnya yang romantik sekali mampu
membuatkan hati aku gelisah apabila memandang wajahnya. Indahnya jika tika ini
aku berada di dalam pelukannya sambil menghayati keindahan malam. Alangkah
bahagianya aku tika ini. Aku merasakan seperti dunia ini milik kami berdua. Tak
sabar rasanya nak menunggu saat-saat aku disatukan dengannya.
‘Kau ni suka sangat berangan lah
Qaliesya! Belum tentu dia akan kahwin dengan kau lah!’.
Desis
aku dalam hati.
‘Ah! kalau dia tak nak kahwin
dengan aku buat apa dia kenalkan aku dengan family dia? Sabar je lah Qaliesya!
Kalau ada jodoh tak kemana!’.
Desis
aku dalam hati lagi.
Memang tak dinafikan hubungan aku
dan Fazery sudah berada di kemuncaknya. Walaupun usia perkenalan kami baru
berusia setahun lebih, masing-masing sudah memperkenalkan kepada keluarga
masing-masing. Aku bersyukur sangat kerana keluarganya dapat menerima aku
dengan rela hati walaupun kedudukan kami berbeza sama sekali. Kalau nak
diikutkan macam langit dan bumi aku dengannya. Mana taknya Fazery adalah anak
kepada salah seorang menteri yang terkenal di Malaysia.
Jika nak dibandingkan dengan
keluarga aku apalah sangat. Daddy adalah anggota polis yang berpangkat ASP yang
sangat digeruni di Melaka manakala mummy pula adalah pengetua sekolah yang sangat
digeruni oleh para pelajarnya daerah Batu Berendam, Melaka. Ini membuatkan aku
mengagumi daddy dan mummy daripada pelbagai sudut pandangan.
‘Fazery..I promise that you are my
lover forever..’.
Ucap
aku dalam hati.
____________________
***To Be Continue*** :-D
____________________
***To Be Continue*** :-D
bestnye....bile nk diterbitkan ni..tak sabar nk tgu...
ReplyDelete