3/27/2012

Bab 1










“Astarafirullah al azim!”.
Ucap aku dengan nafas turun-naik seperti baru lepas berlari 100 meter.

Aku mengerling ke arah jam yang berada di atas meja sudut di sisi katil.

            ‘Ah! baru pukul 1.30 pagi! Masih awal lagi!’.
Ucap aku dalam hati.

Aku mengelap peluh yang memercik di dahi aku. Baru saja tadi aku bermimpi aku telah di kejar oleh satu lembaga hitam yang besar dan menggerunkan. Aku masih ingat lagi rupa lembaga itu. Berwajah hodoh, mempunyai mata satu, lidah terjelir dan kulit yang terkopak-kopak penuh dengan nanah serta darah. Aku sendiri tak tahu kenapa aku mimpi seteruk itu. Yang amat menghairankan aku, kelihatan seorang lelaki yang tidak aku kenali datang menolong aku. Aku tidak kenali gerangan lelaki itu. Tapi apa yang pasti lelaki itu berwajah kacak, tinggi lampai, berkulit putih melepak, berhidung mancung dan bertubuh tegap.

‘Ah! Lantaklah nasib baik tu mimpi je..kalau betul-betul mati aku..ish! menakutkan!’.
Aku mengomel di dalam hati.

            Aku bangun lalu membersihkan muka di bilik air. Sejurus kemudian, aku keluar daripada bilik dengan keadaan yang lemah longlai disamping dengan rambut yang kusut-masai. Aku merasa sedikit hairan apabila melihat ruang tamu diterangi dengan lampu neon yang terang-benderang. Termasuk juga dengan televisyen yang masih terpasang. Aku segera menutup lampu dan hanya meninggalkan satu lampu sudut yang terpasang. Aku baring di sofa sambil menonton siaran televisyen.
Sedang aku leka menonton televisyen, bahu aku disapa lembut. Lantas aku menoleh dan menjerit kuat. Aku melihat susuk tubuh yang lengkap dibaluti kain telekung berwarna putih berdiri di hadapan aku. Tiba-tiba jantung aku berdegup kencang. Lantas aku menutup muka dengan kedua tangan ku lalu menjerit dengan kuat.

“Tooooolongggggggggggggg! Jangan makan aku!”.
Jerit aku kuat.
            “Woi! Aku lah!”.
Kedengaran satu suara bergema sambil mengoyang-goyangkan tubuh aku dengan kuat.
           
            Dengan perlahan-lahan aku membuka mata aku dan melihat tubuh Faz berada di hadapan aku sambil ketawa berdekah-dekah melihat aksi aku yang sedang dalam ketakutan.
           
“Kau ni Faz! Terkejut aku tau!”.
Jerit aku dengan kuat sambil mengurut dada.

Sempat juga aku menghadiahkan ‘penampar’ hebat di punggung Faz yang meruncing itu. Kedengaran Faz ketawa kecil sambil membuka telekung yang dipakainya.

            “Yang kau pun satu tak tidur lagi kenapa? Lepas tu duduk dalam gelap ni dah kenapa? Berangan?”.
Tanya Faz sambil duduk di sebelah aku.
            “Aku tersedarlah..yang kau pun satu tiba-tiba datang berbungkus macam ni buat apa? Pakai telekung bagai! Dah lah warna putih takut aku tau tak?”.
Marah aku sambil menepuk lengannya.
            “Aduh! Sakitlah! Ya lah mana aku tahu? Aku tadi solat hajat..aku tengok ruang tamu gelap-gelita je..pelik lah aku! So aku tengoklah rupa-rupanya kau!”.
Cerita Faz dengan bersungguh-sungguh sambil memengang kain telekungnya.
            “Oh! Rupanya kau lah tak tutup lampu! Kau ni suka sangat membazirkan elektrik lah!”.
Sindir aku sambil bangun menuju ke dapur.
            “A’ah suka sangat! Bila lagi aku nak membazir? Duit aku tak habis pakai..”.
Bidas Faz sambil ketawa kecil di hujungnya.
           
“Banyak lah kau! Nanti tuhan tarik duit kau baru padan muka!”.
Jerit aku dari arah dapur.

Mata aku ligat mencari makanan ringan yang boleh di makan di dalam kabinet dapur. Puas aku mencari tetapi tidak juga kelihatan. Yang hanya adalah barang-barang dapur kering yang tersusun rapi.

‘Dah habis ke? Hmmm..time nak makan time tu habislah..yelah kan dah lama aku tak beli barang dapur..asyik busy dengan kerja je sampai barang dapur habis pun tak perasan..hmm..minum je lah..’.
Rungut aku dalam hati.

Lantas aku berjalan menuju ke peti sejuk lalu aku keluarkan minuman jus oren. Aku menuang di dalam dua biji gelas kaca lalu aku bawa ke ruang tamu.

“Nah air! Minum Faz…”.
Pelawa aku lembut sambil duduk atas sofa.
            “Thanks..”.
Ucap Faz dengan lembut sambil meneguk minuman.
            “Esok kau tak ada kelas pagi ke?”.
Tanya aku.
           
“Hmmm…patutnya ada..tapi esok aku kena hantar student pergi pertandingan ‘English Speaking day’ dekat SMK Teknik Setapak…”.
Jawab Faz sambil menonton siaran televisyen.
            “Pertandingan tu start pukul berapa?”.
Soal aku lagi.
            “Dalam pukul 10.00 pagi…aku kena bawa 10 orang student…”.
Jawabnya lembut.
            “Hmmm..esok aku lunch sorang-sorang lah nampaknya…”.
Keluh aku.
            “Alah…Zaidi kan ada..kau ajak lah dia temankan kau lunch..”.
Sindirnya sambil ketawa.
            “Ah! Tak ada maknanya lah! Menyampah aku dengan dia tau tak?”.
Marah aku.
            “Alah..kalau jadi apa salahnya..dia handsome apa? Dia admire kau dari dulu tau!”.
Ujar Faz sambil tergelak kecil.
            “Ah! Tak nak lah aku! handsome apa macam tu? Pendek, perut buncit! Umur je 28 tapi nampak macam 38!”.
Kata aku dengan nada keras.
            “Kau jangan nak kutuk dia Qaliesya! Karang kau kahwin dengan dia baru tahu!”.
Marah Faz.
            “Simpang malaikat 44!”.
Jawab aku tegas.
            “Tahu takut!”.
Ujar Faz sinis.
            “Dah lah Faz..aku nak tidur lah..esok kelas awal lah..bosan pulak aku..rasa malas je nak mengajar…”.
Keluh aku.
            “Sabarlah babe..dah memang profession kita sebagai seorang pendidik..haruslah mencurahkan ilmu kepada anak bangsa…”.
Hujah Faz sambil memandang aku.
            “Gilalah! Ayat kau macam PM lah!”.
Sindir aku sambil ketawa kecil.
            “Nama pun cikgu kan?”.
Jawab Faz sambil tersenyum manis.
            “Kau cikgu English okey! Bukan cikgu BM!”.
Sindir aku.
            “Kau pun sama okey! Dah lah! Aku pun nak tidur..melayan kau sampai esok pun tak sudah!”.
Kata Faz sambil berdiri.
            “Hmm…tolong offkan tv tu okey..jangan biar dia terpasang 24jam..tak larat aku nak membayar bil..”.
Kata aku selamba.
            “Baiklah makcik!”.
Sindir Faz lagi.

Kami berjalan beriringan menuju ke bilik masing-masing. Rumah yang kami diami itu mempunyai tiga bilik yang mana aku penghuni bilik utama manakala Faz menghuni bilik yang kedua. Bilik ketiga kami sengaja menjadikannya sebagai bilik tetamu. Aku dan Faz adalah sepupu. Mama Faz adalah kakak sulung kepada mummy aku. Kami memang rapat sejak daripada kecil. Kemana aku berada Faz akan ada bersama aku. Ibarat kata orang, kami tak boleh dipisahkan. Faz tua setahun daripada aku. Kebetulan dia tak mempunyai adik perempuan dan keluarganya telah menganggap aku sebagai adiknya.
Kami ditakdirkan sentiasa bersama sejak daripada kecil. Kami belajar dalam jurusan yang sama dan juga ditempatkan mengajar yang sama. Mungkin itu dinamakan rezeki. Kalau nak diikutkan ramai kawan-kawan aku dipostingkan ke Sabah dan Sarawak. Nasib baiklah aku dapat di sekolah yang sama dengan Faz. Kalau tak menangis tak berlagu lah mummy sebab berjauhan dengan aku.
Aku menghempaskan badan ke atas tilam empuk yang dipenuhi dengan teddy bear pemberian student aku sempena hari guru tempoh hari. Kalau nak diikutkan aku baru je 5 bulan mengajar tetapi dapat hadiah macam dah 5 tahun mengajar. Pelbagai hadiah yang aku terima salah satunya adalah teddy bear. Macam tahu-tahu saja yang aku ni memang suka teddy bear.

‘Biasalah perempuanlah katakan…’.
Desis aku dalam hati.

Sedang aku baring sambil berangan, tiba-tiba kedengaran handphone aku berbunyi dengan dering di atas meja sudut. Aku bangun lalu mencapai handphone tersebut. Sempat lagi aku mengerling ke arah jam.


‘Siapa ni? Malam-malam buta call..tak senang aku nak berangan lah!’.
Desis aku dalam hati.
            “Hello…”.
Ucap aku dengan nada agak keras.
            “Hello baby…”.
Sapa pemanggil itu dengan nada manja.

Aku segera melihat nombor yang tertera di skrin handphone tersebut.
           
‘Fazery rupanya..’.
Kata aku dalam hati.

            “Hello sayang..kenapa tak tidur lagi? You pakai handphone siapa ni?”.
Soal aku hairan.
Setahu aku, aku simpan nombornya sejak bertahun-tahun lagi tapi kali ini dia menghubungi aku dengan nombor tak pernah aku kenali sama sekali.
           
Sorry sayang..handphone i habis bateri lah..i guna handphone member i..i baru je balik daripada futsal..i tengah minum ni..you tak tidur lagi?”.
Jawabnya selamba.
            “Tidur dah..tapi tersedar…you main futsal? Dah lewat dah ni..”.
Ujar aku hairan.
            “Ye lah b..memang dah lewat..tadi i balik keja lewat..member ajak main futsal so i ikut jelah..lagipun dapat keluarkan peluh..daripada you asyik makan tidur je mana tak gemuk!”.
Sindirnya sambil tergelak kecil.
            “Alah…you ni..jahat tau! Okey fine! I gemuk kan? sebab tu you dah tak nak i lagi!”.
Kata aku dengan nada sedikit merajuk.
            “Sayang..i gurau lah…you tetap anggun dan cantik di mata i sayang…”.
Pujuknya dengan nada manja.
            “Iye lah tu b..”.
Balas aku dengan nada hambar.
            “Sayang…trust me okey..you sorang je dalam hati i!”.
Ujarnya dengan nada serius.

Aku ketawa kecil.
           
“Sayang! You tak percaya pada i?”.
Soalnya.
            “B…i percaya you lah sayang…i gurau lah..”.
Kata aku sambil ketawa kecil.
            “You ni notty lah sayang…”.
Ujarnya dengan sedikit nada lega.
            “I tahu you sayang i..i pun sayang you sangat..”.
Ucap aku dengan ikhlas.
            “I love you baby..”.
Balasnya lembut.
            “I love you too my dear..”.
Jawab aku manja.
            “Sayang…i letak dulu okey..member i dah jelling-jeling ni..hmm..esok pagi i call you before you pergi kerja okey..you tidur tau sayang…good night..sweet dream..”.
Ucapnya dengan romantik.
            “Good night sayang..take care..i miss you so much!”.
Jawab aku dengan ikhlas.

Aku tersenyum-senyum ibarat kerang busuk. Fikiran aku ligat membayangkan wajah Fazery yang tampan, berkulit putih, hidung mancung, bertubuh kurus tinggi dan sikapnya yang romantik sekali mampu membuatkan hati aku gelisah apabila memandang wajahnya. Indahnya jika tika ini aku berada di dalam pelukannya sambil menghayati keindahan malam. Alangkah bahagianya aku tika ini. Aku merasakan seperti dunia ini milik kami berdua. Tak sabar rasanya nak menunggu saat-saat aku disatukan dengannya.

‘Kau ni suka sangat berangan lah Qaliesya! Belum tentu dia akan kahwin dengan kau lah!’.
Desis aku dalam hati.
           
‘Ah! kalau dia tak nak kahwin dengan aku buat apa dia kenalkan aku dengan family dia? Sabar je lah Qaliesya! Kalau ada jodoh tak kemana!’.
Desis aku dalam hati lagi.

Memang tak dinafikan hubungan aku dan Fazery sudah berada di kemuncaknya. Walaupun usia perkenalan kami baru berusia setahun lebih, masing-masing sudah memperkenalkan kepada keluarga masing-masing. Aku bersyukur sangat kerana keluarganya dapat menerima aku dengan rela hati walaupun kedudukan kami berbeza sama sekali. Kalau nak diikutkan macam langit dan bumi aku dengannya. Mana taknya Fazery adalah anak kepada salah seorang menteri yang terkenal di Malaysia.
Jika nak dibandingkan dengan keluarga aku apalah sangat. Daddy adalah anggota polis yang berpangkat ASP yang sangat digeruni di Melaka manakala mummy pula adalah pengetua sekolah yang sangat digeruni oleh para pelajarnya daerah Batu Berendam, Melaka. Ini membuatkan aku mengagumi daddy dan mummy daripada pelbagai sudut pandangan.

‘Fazery..I promise that you are my lover forever..’.
Ucap aku dalam hati.








____________________
***To Be Continue*** :-D


1 comment:

  1. bestnye....bile nk diterbitkan ni..tak sabar nk tgu...

    ReplyDelete