3/31/2012

Bab 17


Kuala lumpur
Oktober 2009







Hari ini hari yang ditunggu-tunggu oleh semua orang yang mengunjungi rumah Datuk Razif dan Datin Zarina. Hari ini hari penyatuan diantara Dania dengan sepupu yang tak pernah dia jumpai sejak belasan tahun lamanya. Sanak saudara yang telah datang daripada jauh dan dekat telah datang berkumpul sehari sebelum majlis perkahwinan Dania bagi meraikan hari gembira ini. Paling gembira saat ini adalah Datuk Razif dan Datin Zarina. Jelas kelihatan muka mereka terpancar sinar kegembiraan yang teramat. Tapi tidak bagi Dania..dia hanya menangis dan terus menangis. Tiada apa yang boleh membuatkan hatinya gembira dan ceria saat ini. Hanya tangisan yang menjadi peneman Dania di sepanjang malam.
Kelihatan orang ramai mula membanjiri rumah Dania sejak daripada awal pagi tadi bagi memeriahkan majlis pernikahan Dania yang akan berlangsung setengah jam lagi. Dania hanya duduk termenung di dalam bilik sambil didandan rapi oleh mak andam professional yang diupah khas oleh mama. Tiada riaksi gembira di wajah Dania sepertimana bakal pengantin lain..bagi Dania hidupnya dah hancur dan tak bermakna lagi.

 Sedang Dania sibuk didandan, kedengaran bunyi pintu biliknya dikuak dengan lembut. Kelihatan kelibat Datin Zarina masuk kedalam bilik Dania dengan memakai pakaian sedondon dengan warna baju yang Dania pakai ketika itu.

“Sayang…cantik anak mama..”.
Ujar Datin Zarina ketika melihat Dania di hadapan cermin meja solek.

Dania yang memakai baju kebaya moden berlabuci penuh berona soft pink grey berserta dengan selendang lycra lembut bermanik yang menutupi rambutnya yang disanggul dengan rapi. Wajah Dania didandan ringkas bersama dengan paduan rona natural yang disapukan di mukanya. Kelihatan sangat cantik dan memukau mata semua yang memandang.
            “A’ah la..cantiknya Nia…mesti Faqhary terpukau..sama cantik sama padan..famouse la lepas ni Nia..Pergi sana sini orang amik gambar..”.
Ujar sepupu Dania, Fazira.
            “Kenapa pulak famouse? Bukan artis pun nak famouse?”.
Jawab Dania selamba.
            “Eh! Nia! Tak kan aku tak tahu? Faqhary kan artis..the most populkar artist in Singapore and Malaysia! Apa kau ni laki sendiri pun tak kenal.”.
Ujar sepupu perempuan Dania yang lain sambil ketawa.

Dania terkejut lalu memusingkan badannay ke arah belakang.
           
“Ha? Pelakon?”.
Ujar Dania dengan nada terkejut.
            “Ya la Nia…Ary kan dah jadi pelakon..semua orang kenal dia..”.
Jawab Datin Zarina lembut.
            “Ha? Biar betul ma? Nia tak tahu pun?”.
Jawab Dania hairan.

‘Faqhary pelakon? Betul ke bakal laki aku ni pelakon?’.
Bisik Dania dalam hati.
           
“Hmmm..tulah mama suruh kenal-kenal tak mahu..sampai laki sendiri pelakon pun tak tahu..”.
Sindir Datin Zarina.

‘Betul ke apa mereka cakap ni? Faqhary pelakon? Pelakon Singapore yang famouse tu? Betul ke? Patutlah bila aku tengok muka pelakon tu macam pernah aku nampak…ish..tak kan la…tak percaya aih! Mesti dieorang nak kenakan aku ni..’.
Bidas Dania dalam hati.







10 minit kemudian…

“Kak Nia..pengantin lelaki dah sampai..”.
Ujar adik Dania, Darwin.
            “Ha? Dah sampai?”.
Ujar Datin Zarina sambil mengintai-intai di balconi bilik pengantin.
           
“A’ah la..Nia..Faqhary dah sampai..Mak andam..nanti bawa Nia turun ya..”.
Perintah Datin Zarina sambil berjalan dengan keadaan tergesa-gesa.

Tak semena-mena hati Dania berdebar-debar. Jantungnya berdegup kencang bagaikan baru lepas berlari 200km. Fikirannya tak menentu dan jiwanya bergelora. Dania menuruni anak-anak tangga dengan perlahan-lahan sambil diiringi dengan beberapa orang ‘flower girl’. Dania duduk di pelamin mini berwarna soft pink yang tidak jauh dengan rombongan pengantin lelaki yang duduk berhadapan dengan pelamin utama. Dania tidak memberanikan diri untuk melihat siapakah gerangan pengantin lelaki tersebut. Dia hanya menundukkan kepala dan beristifar di dalam hati.




*** 




Setelah akad nikah dilafazkan dengan lancar, kini sahlah Dania menjadi seorang isteri kepada Mohd Faqhary Syamier Bin Doktor Hamly. Dania tak menyangka status bujangnya telah bertukar sekelip mata. Mulai hari ini segala tanggungjawab ke atas dirinya telah diambil alih oleh suaminya dan tidak lagi oleh papa dan mamanya. Kelihatan Datuk Razif dan Datin Zarina menitiskan air mata apabila suami Dania membaca ikrar perkahwinan di hadapannya.
Kini tibalah acara untuk membatalkan air sembahyang yang mana pengantin lelaki akan menyarungkan barangan kemas kepada pengantin perempuan tanda membatalkan air sembahyang yang diambilnya. Apabila pengantin lelaki berada di hadapan pengantin perempuan, Dania telah memberanikan diri untuk menganggkat muka untuk memandang wajah suaminya. Lantas mereka berpandangan sesama sendiri dan terpaku seketika.

‘Ah! betullah mamat ni pelakon Singapore tu..yang dulu aku ejek dia hitam, gemuk..sekarang tak lagi..dah hansome..putih…Betul ke jadi laki aku ni?’.
Desis Dania dalam hati.
            ‘Betul ke ni?”.
Ujar Dania dalam hati lagi.








***

Di suatu sudut yang lain, kelihatan Faqhary memandang Dania ketika Dania sedang sibuk melayani tetamu yang datang sempena majlis perkahwinannya. Faqhary tidak menyangka bahawa perempuan yang dinikahinya adalah sepupunya yang pernah dia sukai sejak dia kecil.

‘Ini ke Dania yang aku suka dulu? Memang tepat pilihan mummy dan daddy..aku tak sangka yang akhirnya aku dijodohkan juga dengan perempuan yang aku minati dulu…Apabila aku melihat wajahnya tadi, terus aku teringat kenangan-kenangan aku bersamanya semasa kecil..tapi sayangnya, dia tidak mencintai aku..dia mencintai lelaki lain..dia berkahwin dengan aku sebab terpaksa..aku pasrah dan hanya berdoa agar suatu hari hatinya akan dibukakan untuk menerima cinta aku..’.
Desis Faqhary dalam hati.

           









 ***
           
Setelah semua para tetamu pulang ke rumah masing-masing, tinggallah mereka anak beranak di rumah. Kelihatan Faqhary hanya duduk disebelah Dania sambil berbual-bual dengan Datuk Razif dan Datin Zarina. Setelah selesai membuka hadiah yang mereka perolehi siang tadi, Dania meminta izin untuk masuk ke dalam bilik. Terasa keletihan yang teramat sangat. terbanyang-banyang tilam dan bantal sudah memanggil-manggil Dania ketika itu.
            Dania telah membersihkan diri dan bersolat sebelum masuk tidur. Sedang dia melipat kain telekung, pintu biliknya di kuak lembut. Kelihatan susuk badan bak potongan model masuk ke dalam biliknya. Dia terkejut dan tersentak.

‘Tak kan mamat ni tidur dekat sini kot?’.
Desis Dania dalam hati.

Dania memberanikan diri untuk menegurnya.
           
“Hurm..you nak tidur dekat sini ke?”.
Tanya Dania lembut.
            “Ye lah..tak kan nak biarkan i tidur dengan papa dan mama kot?”.
Jawab Faqhary selamba sambil memandang Dania.
            “Eh! Tak nak lah i..you tidur bilik lain lah!”.
Ujar Dania dengan nada yang risau.
            “I pun tak ingin nak tidur sebelah you..i tidur dekat sofa bed ni..tak kanlah nak tidur luar karang apa kata papa dan mama you..”.
Jawabnya sambil memengang bantal dan toto.


‘Betul jugak karang tak pasal-pasal aku kena marah pulak dengan papa dan mama’.
Desis hati Dania.
           
“You jangan apa-apakan i! i jerit nanti!”.
Kata Dania dengan nada yang takut.
            “Jerit lah! i tak kisah..kan kita suami isteri yang sah! Suka hati i lah nak buat apa pun!”.
Jawab Faqhary selamba sambil mencebikkan mulutnya.
            “You jangan...i kahwin dengan you pun terpaksa bukan i rela tau!”.
Jawab Dania lantang.
            “Eleh..macam lah i terdesak sangat nak kahwin dengan you..i pun tak rela tau tak?”.
Ujarnya tegas.
            “Dah tu kenapa you terima?”.
Tanya Dania hairan.
            “You pun kenapa terima?”.
Tanyanya kembali.
            “Sebab papa dan mama!”.
Dania menjawab lantang.
            “Ha! Sama la i! dah lah i penat malas nak layan you!”.
Ujarnya sambil menutup kepalanya dengan toto.
‘Sengal punya laki!’.
Marah Dania dalam hati.

Malam itu Dania tak dapat tidur dengan nyenyak. Fikirannya menerawang jauh entah kemana. Dania menjenguk Faqhary di sisi katilnya. Kelihatan dia sedang enak dibuai mimpi di atas sofa bed yang begitu empuk itu.


‘Hmmm…hansome jugak dia ni..dulu tak lah hansome langsung..patutlah ramai orang minat dekat dia..tak kira tua muda semua tergila-gila dekat dia..hanya aku seorang je yang tak amik kisah tentang dunia artis ni..tak sangka aku..aku kahwin dengan seorang pelakon terkenal yang aku sendiri pun tak tahu..keciknya dunia..’.
Desis Dania dalam hati sambil memerhatikannya.










***



            Suatu petang, sedang Dania berjalan-jalan menemani mamanya di pasaraya Tesco untuk mencari barang-barang dapur dia melihat kelibat Hariesz berpimpinan tangan bersama seorang perempuan yang catik dan seksi. Dania melihat dia begitu mesra dengan perempuan itu. tanpa berlengah Dania datang ke arahnya dengan perasaan marah dan geram.
           
“Hariesz!”.
Jerit Dania kepadanya.

Hariesz meoleh ke arah Dania dan tak semena-mena mukanya berubah apabila melihat Dania tercegat di belakangnya.

“Siapa ni?”.
Tanya Dania dengan nada tinggi.
            “Girlfriend i! kenapa?”.
Jawabnya selamba sambil memengang erat tangan perempuan itu.
            “Sampai hati you! selama ini you tipu i! you curang dengan i!”.
Kata Dania dengan nada yang marah.
            “Hey! Please! Siapa yang curang? You ke i? You yang curang! Please lah Dania! kita dah clash! Please jangan ganggu hidup i lagi! By the way..this my future wife..”.
Kata Hariesz sambil memperkenalkan perempuan disebelahnya dengan tersenyum-senyum.
            “You memang tak guna! I hate you!”.
Jerit Dania kepadanya.

Dania beredar tanpa mempedulikan orang disekeliling yang daripada tadi menyaksikan drama tersebut. Dia segera mendapatkan mamanya yang pada waktu itu baru keluar daripada kaunter pembayaran.

“Kenapa ni Nia?”.
Tanya Datin Zarina dengan pelik melihat Dania menangis.
            “Ma…Hariesz ma..”.
Jawab aDania dengan suara bergetar akibat menahan tangisan sambil memeluk mama erat.
            “Kenapa? Jom kita balik..cerita dalam kereta..dekat sini orang tengok lah..”.
Jawab Datin Zrina sambil meleraikan pelukan.

Mereka berjalan menuju ke tempat parking kereta. Setibanya di kereta, Dania terus menceritakan apa yang berlaku kepada mamanya tanpa segan silu.    

“Nia..tengok..tuhan dah tunjukkan pada Nia..orang yang Nia suka selama ni curang pada Nia..”.
Ujar Datin zarina lembut sambil mengusap rambut anaknya itu.
            “Entah lah ma..hati Nia sakit sangat..Nia tak sangka dia sanggup buat Nia macam ni..”.
Ujar Dania sambil menangis teresak-esak.
            “Dah…shutt….mulai sekarang Nia cuba lupakan dia ya..Nia dah ada Ary..Nia kena belajar terima Ary..dah..jangan fikir lagi pasal Hariesz..anggap tak ada jodoh ya..dah..jom balik karang papa dengan Ary tunggu kita..”.
Pujuk Datin zarina sambil mengesat air mata anaknya dengan lembut.

Dania hanya diam seribu bahasa. Memang hati Dania sakit sangat meyaksikan aksi itu Mahu saja dia tampar pipinya tadi dan mahu saja adiamenjerit sekuat hati. Tetapi setelah berfikir banyak kali mungkin inilah petunjuknya yang tuhan mahu tunjukkan kepadanya. Nasib baiklah dia tak berkahwin dengan Hariesz kalau tidak dia mesti terpaksa makan hati dengan perangai Hariesz yang tak setia itu. 



***To Be Continue :-D***

No comments:

Post a Comment