Suatu
malam sedang Dania asyik menonton drama melayu di siaran Astro Ria bersama-sama
Faqhary dan Datin Zarina di ruang tamu rumah banglo mewah tersebut, kedengaran
handphone Dania berdering memecah kesunyiaan malam. Ketika itu handphone Dania betul-betul berada di
meja sudut disebelah Faqhary. Kelihatan Faqhary mencapai handphone Dania lalu menghulurkan kepada Dania. Sempat juga dia
mengerling di skrin handphone tersebut.
“Your love call..”.
Ujar Faqhary dengan sedikit nada tinggi disamping
dengan lagak yang selamba.
Kelihatan Datin Zarina menjeling ke arah Dania
dengan pandangan mata yang tajam.
‘My
love? Siapa? Hariesz ke? Adui!!!!”.
Desis hati Dania kuat.
Tanpa berlengah Dania mencapai handphone tersebut lalu menekan butang ‘reject’ di skrin handphone. Tak lama kemudian kedengaran handphone Dania berbunyi lagi. Dia segera beredar dan keluar
daripada rumah lalu menjawab panggilan tersebut dengan perasaan yang
bercampur-baur.
“Ha! Nak apa lagi call i ni?”.
Kata Dania dengan nada sedikit kasar.
“You
kenapa ni..marah-marah..janganlah marah..”.
Jawab Hariesz dengan nada yang lembut.
“You
nak apa lagi call i? Pergilah dengan bakal wife
you tu!”.
Ujar Dania dengan nada tinggi.
“Alah..rileks
lah..kenapa you jelouse ke? I tahu you sayang i lagi..you tak boleh lupakan i
lagi kan Nia..”.
Jawab Hariesz dengan sedikit ketawa kecil
dihujungnya.
“Hello please!
I tak jelouse okey! Tak ada masa nak jelouse dengan buaya macam you ni! Dah
lah i tak ada masa nak layan you! bye!”.
Kata Dania dengan keras.
Kedengaran Dania berdehem dengan kuat disamping
satu keluhan kecil dihujungnya.
“Dania! you ingat sikit! You masih hutang dengan
i! i tak akan lepaskan you okey!”.
Ugut Hariesz keras.
“Hutang?
Hutang apa? Setahu i duit i yang banyak labur dekat you! Please lah!”.
Marah Dania.
Kali ini muka Dania kelihatan merah padam menahan
perasaan marah.
“You
jangan fikir you tak ada hutang okey! You buat i macam separuh nak gila! You
mainkan perasaan i! you jangan fikir i akan lepaskan you! you ingat sikit! I
akan ajar you!”.
Ugut Hariesz lagi.
“You
nak buat apa dengan i hah? i tak takut langsung dengan you! ingat i ni
lawyer!”.
Marah Dania dengan kuat.
Selang beberapa minit kemudian, Dania segera
mematikan talian telefon. Dia merengus dengan kuat. Tiba-tiba air mata Dania
mengalir dengan deras. Dia menjadi takut yang teramat sangat apabila
mengenangkan ugutan Hariesz. Dia kenal sangat dengan Hariesz, Hariesz akan buat
apa saja asalkan hatinya puas.
Sedang Dania duduk termenung sambil menangis di
kerusi kayu jati di halaman rumah, tiba-tiba bahu Dania dipegang lembut oleh
seseorang. Dia menoleh dan melihat kelibat Faqhary dibelakangnya.
“Kenapa menangis ni?”.
Soal Faqhary dengan nada yang risau.
Dania menggelengkan kepala sambil mengesat air
matanya. Kelihatan Faqhary duduk di hadapan Dania sambil memerhatikannya dengan
pandangan yang sayu. Terpamer jelas muka Faqhary yang risau dan tak tenang
apabila melihat Dania menangis dihadapannya.
“Boyfriend you call ke?”.
Tanya Faqhary ingin kepastian.
Dania hanya sekadar mengangguk-anggukkan kepala
dan memandang ke arah lain.
“Cerita
lah..kenapa ni..tak elok lah nanti mama dan papa nampak..apa pulak mereka akan
cakap nanti? Mesti diaorang syak yang kita gaduh..”.
Ujar Faqhary dengan nada tenang dan lembut.
“Ni
tak ada kena mengena dengan you! Boleh tak jangan sibuk?”.
Kata Dania dengan nada keras.
“Okey
lah..sorry..”.
Jawab Faqhary dengan nada kesal.
Sejurus kemudian, Faqhary bangun meninggalkan
Dania keseorangan. Melihat keadaan itu, Dania merasa serba salah sangat kerana telah
meninggikan suara terhadap Faqhary sedangkan niat Faqhary untuk bertanya adalah
untuk mengambil berat ke atas diri Dania.
“Faqhary..”.
Panggil Dania lembut.
Selang beberapa minit, Faqhary menoleh ke arah ke
belakang dan melemparkan satu senyuman yang agak tawar.
“Hmm..sorry..i
tinggikan suara dengan you..”.
Kata Dania dengan kesal.
“I’ts okey Nia..tell me what happen..kalau i
boleh tolong i tolong..”.
Ujar Faqhary dengan lembut sambil memandang Dania
dengan senyuman yang manis.
“Hmm..just now my ex boyfriend call..dia ugut
i..i takut..”.
Kata akDania dengan suara bergetar akibat menahan
tangisan.
“Dia
ugut apa?”.
Soal Faqhary dengan nada sedikit terkejut.
“Dia
akan apa-apakan i sebab i tinggalkan dia..”.
Jawab Dania sambil memandang wajah Faqhary.
“Nia..listen..you jangan takut okey..i
ada..selagi i ada i akan jaga you..dia cuma ugut je..dia tak akan berani buat
apa-apa..trust me!”.
Pujuk Faqhary lembut.
“I
takut! i tahu dia sanggup buat apa pun asalkan hatinya puas! i takut
Ary..takut!”.
Jawab Dania sambil menangis.
“Shuttt.....i
ada..jangan risau…”.
Ujar Faqhary sambil mengusap bahu Dania dengan
lembut.
“You
tak faham Ary! Tak faham perasaan i!”.
Jawab Dania dengan nada sedikit tinggi.
“I
faham Nia!”.
Kata Faqhary dengan sedikit rasa nada keras.
“You…
leave me alone please!”.
Pinta Dania perlahan sambil menangis teresak-esak.
“Okey…you
jangan lama sangat dekat luar..kena embun tak elok untuk kesihatan..dah okey
masuk dalam okey? Dah..jangan risau i ada..i akan jaga you..i akan protect you..”.
Nasihat Faqhary perlahan.
Dania hanya mendiamkan diri. Kelihatan Faqhary
bangun lalu meninggalkan Dania sendirian di taman. Malam itu Dania hanya menangis
sepuas hati sambil disaksikan bintang-bintang yang gemerlapan yang menyinari
pada malam itu. Hampir berjam-jam Dania duduk termenung dan menangis di luar
taman dan akhirnya dia masuk ke dalam bilik dengan muka yang sembap dan tak
bermaya.
Setibanya Dania didalam bilik, dia melihat
Faqhary sedang tidur dengan lena sekali sambil dibuai mimpi di atas sofa bed di
sisi katil. Kelihatan Faqhary memeluk tubuhnya yang kesejukkan akibat suhu
penghawa dinggin yang sangat tinggi. Tambahan lagi Faqhary hanya memakai baju
tanpa lengan dan berseluar pendek. Terpamer otot-otot tubuhnya yang sasa dan
seksi. Dania segera menurunkan suhu penghawa dingin dan membentangkan selimut
dibadannya.
‘Thanks
Ary..kau ada di saat aku perlukan seseorang…tapi maafkan aku kerana aku masih
belum dapat terima kau dalam hidup ku..’
Desis Dania dalam hati sambil memandangnya dengan
pandangan yang sayu.
excited nak tau episod seterusnya...
ReplyDeleteHihihi thanks ninie..sbr ye..
ReplyDeletebile bab 19 nak keluar ?
ReplyDeleteMlm nie insyaallah akn upload...sbr ye....
ReplyDelete