Kuala Lumpur
Mac 2009
Ting..Tong…Ting…Tong..
Kedengaran bunyi lonceng rumah banglo mewah di
Bukit Antarabangsa ditekan oleh sepasang suami isteri.Tak lama kemudian
kelihatan, pintu pagar itu dibuka separuh dengan menggunakan remote dari dalam rumah.
“Assalamualaikum…”.
Ucap Doktor Hamly ketika melangkah masuk ke rumah
mewah tersebut.
“Waalaikumusalam…Mahu
cari siap ya pak?”.
Tanya pembantu rumah tersebut dengan loghat
indonnya.
“Kami
nak cari Datuk Razif dan Datin Zarina..ini rumahnya ke?”.
Tanya Doktor Hamly lagi.
“Ya
pak..sebentar ya..saya panggilkan datuk dan datin.
Kelihatan pembantu rumah itu masuk kedalam itu.
Tak lama kemudian kelihatan sepasang suami isteri dalam lingkungan umur 50-an
keluar daripada rumah tersebut.
“Zarina!”.
Jerit Suhaila dengan kuat.
Tak semena-mena mereka berpelukan. Sama seperti
Datuk Razif dan Doktor Hamly. Kelihatan mereka sama-sama menitiskan air mata.
“Masuk lah kak..abang Ham..”.
Jemput Datin Zarina sambil mengesat air matanya.
“Ha..masuklah
abang Ham..kak Suhaila…kita berbual di dalam.”.
Sampuk Datuk Razif sambil jalan beriringan.
Mereka duduk di ruangan tamu yang berkonsep
ala-ala bali di ruangan tengah rumah mewah tersebut.
“Zarina..lama kita tak jumpa..kau macam mana
sihat?”.
Ujar Suhaila sambil memeluk adiknya itu.
“Sihat
kak…abang Ham sihat?”.
Tanya Datin Zarina pula.
“Sihat
Zarina…biasalah sakit-sakit sikit..umur pun dah berapa dah..”.
Jawab Doktor Hamly sambil tersenyum.
“Abang
Ham masih urus klinik lagi?”.
Tanya Datuk Razif pula.
“Ye
Zif..masih…sayang rasanya nak tutup…dah lama bukak..Alhamdulilah…dah ada 5
cawangan…”.
Jawab Dokter Hamly dengan diiringi ketawa kecil.
“Alhamdulilah…syukur…kak
Suhaila duduk rumah goyang kaki je la…”.
Datuk Razif ketawa kecil sambil memandang wajah
kakak iparnya itu.
“Tak
juga Zif..akak uruskan butik pakaian..bosan duduk rumah..abang Ham ni selalu
balik malam..tak ada siapa nak teman kat rumah…baik buat sesuatu…hilang sikit
bosan..”.
Jawab Suhaila sambil ketawa.
“Oh
ye ke…macam Zarina abang Razif tak bagi kerja dia suruh duduk rumah je..nak bisness ni tak pandai…lain lah kak
Suhaila..dari dulu suka berniaga.”.
Mereka ketawa serentak.
“Jemput
minum kak..abang Ham..”.
Jemput Datin Zarina apabila minuman dibawa oleh
pembantu rumahnya.
“Hmmm…sunyi
je rumah ni yang lain mana?”.
Tanya Doktor Hamly sambil meneguk minumannya.
“Biasalah…Dania
out station…Darwin belajar lagi dekat
India, amik Surgery..Daniel pulak dia
ada di UUM amik law macam Dania..jadi
tinggallah kami berdua je…”.
Jawab Zarina sambil memengang tangan kakaknya.
“Wah..Dania lawyer sekarang? Alhamdulilah…”.
Ucap Suhailah dengan senyuman.
“Ye
kak…baru je kerja..”.
Jawab Datuk Razif.
“Hmm..hmmm….kenapa
kamu pindah dulu tak bagitahu pada kami?”.
Tanya Suhaila.
“Kami
bukan tak nak bagitahu kak..masa tu hidup kami susah sejak akak dan abang Ham
pindah, abang Razif kena pecat..masa tu kami nak makan pun tak ada duit..tapi
nasib baiklah kawan abang Razif tolong dapatkan kerja dekat KL tu yang kami
pindah..awalnya kami nak bagitahu tapi nombor telefon akak hilang masa nak
pindah dulu..puas juga kami cari kakak dengan abang tapi tak jumpa..alhamdulilah..berkat
doa kita jumpa hari ini!”.
Cerita Zarina sambil menitiskan air mata.
“Akak
rindu sama kamu Zarina, Razif..akak risau..akak cari kamu merata tempat tapi
tak jumpa nasib baiklah abang Ham dapat alamat kamu daripada kawan dia..itupun
kami tahu melalui majalah niaga..kalau tak sampai bila-bila pun kita tak
jumpa..”.
Kata Suhaila dengan nada sedih.
“Maafkan
kami kak..abang…bukan maksud kami nak larikan diri dari abang..tak! Keadaan
memaksa kami berpindah..”.
Giliran Datuk Razif pula menjawab.
“Dah
la…tak payah nak digaduhkan..hal yang lepas biarlah lepas..yang penting kita
dah jumpa!”.
Jawab Doktor Hamly pula.
Seharian
mereka hanya menghabiskan masa bersama dengan mengimbau kenangan-kenangan lama
dan melepaskan rindu yang terpendam. Pelbagai topik yang dibualkan daripada
hobi hinggalahke topik keluarga.
“Hmm…Zarina..Razif…kami
nak tanya dengan kamu berdua..macam mana janji kita dulu?”.
Doktor Hamly memulakan bicara.
Datuk Razif dan Datin Zarina saling berpandangan.
“Hmm..hmm…Kami masih ingat janji tu..kami masih
pegang..kami ikut sajalah keputusan kakak dengan abang…sama ada nak teruskan
atau pun tidak kami tak kisah..kami ikut mana yang baik..”.
Jawab Datuk Razif dengan berhati-hati.
“Kami..memang
nak teruskan..lagi pun mereka dah bertunang..rasa dah lama sangat dah ni..Faqhary
pun tahun ni dah nak masuk 27 yahun..Dania pun masuk 25 tahun kan…aku rasa dah
elok sangat tu..”.
Ujar Suhailah.
“Kalau
kamu ada pilihan lain untuk Dania..tak apa lah..kamu teruskanlah…kami cuba
sampaikan hajat arawah mak dengan ayah je nak Faqhary kahwin dengan Dania
supaya hubungan kita berterusan...”.
Kata Doktor Hamly.
“Eh!
Kenapa pulak kata macam tu..kami tak ada pilihan untuk Nia…kami masih pengang
janji kami..”.
Sampuk Datin Zarina pula.
“Kalau
macam tu sejuk sikit hati aku dengar..”.
Ujar Suhaila sambil memandang wajah adiknya.
“Kita
langsungkan cepat lah mereka berdua tu…dah lama sangat bertunang..tak
elok..sekarang mereka dah besar entah masih kenal lagi atau tidak..”.
Bicara Doktor Hamly sambil berpandangan dengan
isterinya.
“Elok
buat kakak dengan abang..elok lah buat kami..”.
Jawab Datuk Razif.
“Kalau
macam tu..dua bulan lagi kami datang tetapkan tarikh…Ha macam mana Zarina,
Razif..kamu setuju?”.
Tanya Doktor Hamly.
“Setuju
sangat lah! elok lah tu!”.
Kata Datuk Razif.
“Hmm..macam
mana ye nanti..Nia kerjanya dekat KL..Faqhary kerjanya dekat Singapore..saya tak nak lah mereka kawin
tapi tinggal asing..”.
Ujar Datin Zarina dengan sopan.
“Itu
kamu jangan risau lah…Faqhary akan duduk di KL..Bolehlah dia cari kerja di
sini…”.
Jawab Doktor Hamly.
“Nak
buat apa cari kerja..Faqhary kan grad
dalam bisness..boleh sangat dia ambil alih bisness saya bang…tak payah cari
kerja lain…”.
Jawab Datuk Razif.
“Tak
perlulah Zif…Faqhary tu bukan pandai pun…nanti lingkup bisness kamu..biarkan saje dia cari kerja lain…”.
Sampuk Suhaila.
“Tak
pe kak…bisness keluarga jugak..bukan
orang lain..nanti abang Razif ajarlah dia…”.
Kata Datin Zarina sambil memandang wajah Suhaila.
“Kalau
tak keberatan pada kamu kami ikut saja…”.
Ujar Doktor Hamly.
Apabila
hari sudah hampir nak malam, Doktor Hamly dan isterinya meminta izin untuk
pulang.
“Razif,
Zarina..kami balik dulu lah..hari pun dah nak malam ni..”.
Pinta Doktor Hmaly sopan.
“Eh!
Tak payah lah…tidur je dekat sini..bukan orang lain pun?”.
Jawab Datuk Razif.
“Eh!
Tak apa..kami sebenarnya dah booking hotel dekat negeri Sembilan..kebetulan
esok aku ada seminar..jadi sekali harung lah pergi…”.
Jawab Suhaila.
“Alah…negeri
Sembilan dengan KL berapa jam je…kejap je sampai..”.
Ujar Datin Zarina pula.
“Tak
pe..aku tak nak susah kamu..tak pe..lain kali aku datang lagi ye…”.
Jawab Suhaila sambil memengang bahu Zarina dengan
lembut.
“Kalau
macam tu baik lah…nanti bila ada masa saya datang johor..”.
Sampuk Datuk Razif sambil jalan beriringan menuju
ke kereta.
“Elok
lah tu…jangan lupa lagi dua bulan kami datang tetapkan tarikh ya..”.
Kata Suhaila lagi.
***Bersambung*** :-D
No comments:
Post a Comment