3/10/2012

Bab 10


Singapore



  
 Suatu malam sewaktu di set pengambaran drama..


“Azim..aku chaw dulu..aku dah janji dengan Melisa ni..”.
Ujar Faqhary sambil mengerling ke arah jam yang dipakainya ditangan.
            “Wei kau ada satu scene lagi ni!”.
Kata Azim dengan nada terkejut.
            “Alah..kau cakap je lah yang aku sakit perut ke..apa ke? Tolong la aku eh!”.
Rayu Faqhary dengan muka simpati.
            “Hmmmm..okey lah..tapi yang ni last okey! Lepas ni aku dah tak nak tolong kau lagi!”.
Marah Azim.
            “Okey bro..aku promise!”.
Jawab Faqhary sambil berjalan menuju ke kereta.



  
 ***

Faqhary terus memandu laju tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Nasib baiklah jalan agak lengang bolehlah dia sampai dengan cepat. Tibanya dia di Queenstown, kelihatan kelibat Melisa bertubuh kurus melampai sedang menunggu sambil berpeluk tubuh di dalam Coolbar Cafe. Dari jauh kelihatan wajahnya yang masam ibarat buah pelam mentah.

“Hi dear..”.
Sapa Faqhary sambil menyentuh bahunya lalu duduk bertentangan.
           
“You pergi mana ni? Lama tau i tunggu!”.
Marah Melisa.
            “Sorry lah sayang…i baru je habis shooting… tu pun tinggal lagi  satu scene tau i cabut…”.
Jawab Faqhary sambil memengang tangan Melisa dengan lembut.

Kelihatan Melisa menarik tangannya pantas.
           
“Ah! You ni lagi-lagi alasan yang sama je i dengar! It’s ridiculous!”.
Ujar Melisa dengan keadaan marah.

Kelihatan merah mukanya menahan marah.
           
“You kenapa sayang....i kerja tau..Bukan pergi datting pun..You tahu kan kerja i macam mana? Masa untuk diri sendiri pun tak ada tau!”.
Ujar Faqhary sambil memandang tepat ke wajahnya.
            “Alah! I dont want hear any explaination Faqhary! i dah muak dengan alasan you…before this you selalu bagi alasan macam tu…tapi i nampak you siap duduk melepak dengan P.A you tu..Dah la Faqhary! i bosan!”.
Dengus Melisa.
            “So..? Kalau you rasa dah bosan dengan i okey..Nevermind!”.
Jawab Faqhary dengan selamba.
            “Okey from now kita break! You jangan cari i lagi..you pergi lah sana dengan perempuan-perempuan you!”.
Marah Melisa.
            “Okey! Ingat Melisa! you bukan girlfriend i sorang je! You pergi 10 orang datang dekat i!”.
Jawab Faqhary marah sambil menunding jari tepat ke mata Melisa.
            “Tak guna punya lelaki!”.
Merengus Melisa sambil bangun meninggalkan Faqhary sendirian.

‘Go to hell la!’.
Jerit Faqhari dalam hati.

Faqhary meninggalkan beberapa helai not di atas meja lalu pergi meninggalkan kafe tersebut Dia memecut laju dengan kelajuan tahap maxsimum. Dia tidak mempedulikan langsung dengan pemandu-pemandu lain yang turut berkongsi jalan dengannya. Memang dia begitu marah dengan Melisa. Tak boleh digambarkan perasaan marahnya ketika itu.

‘Nasib baiklah ramai orang tadi kalau tak dah lama aku tampar kau Melisa! Tak guna!’.
Bisik Faqhary dalam hati.

Selang beberapa minit, Faqhary mengeluarkan handphone di saku seluar jeans lalu mendail nombor Azim.

            “Azim..kau kat mana? Teman aku minum..jumpa dekat club tempat biasa..”.
Ujar Faqhary apabila Azim menjawab panggilan itu.
            “Kata kau jumpa Melisa?”.
Tanya Azim pelik di corong telefon..

Baru saja tadi Azim diberitahu yang Faqhary mahu berjumpa dengan Melisa sampaikan dia terpaksa berbohong dengan director yang Faqhary tiba-tiba sakit perut..nasib baik lah director percaya..kalau tak..mahu kena amuk dengannya tadi.

“Ah! perempuan tak guna tu! Tak pasal-pasal nak bebel dekat aku! Kata aku buat alasan lah apa lah..bosan lah aku Azim..kau ni nak temankan tak? Kalau tak nak aku minum sorang lah!”.
Ujar Faqhary sambil mendengus kuat.

Faqhary menghela nafas yang panjang.

            “Ye la! Lagi 15 minit aku sampai!”.
Jawab Azim di corong telefon.
            “Okey! Chaw!”.
Jawab Faqhary berpuas hati.

Faqhary menekan padel minyak dengan kuat lalu menukar arah menuju ke Orhard Road dengan berharap agar Azim sampai tepat pada waktunya ditempat yang dijanjikan.




  ***



20 Minit kemudian Faqhary telah sampai ke destinasi yang ingin di tujunya. Dia meninjau-ninjau dan mencari kelibat Azim di muka pintu club tersebut. tetapi tidak juga kelihatan. Diau terus melangkah masuk dan berharap Azim telah menunggunya di dalam.
Faqhary mengambil tempat meja hujung di dalam kelab malam tersebut dan memesan minuman. Kelihatan ramai anak-anak muda sedang terkinja-kinja mengikut rentak lagu yang di pasang. Ada juga hanya duduk di meja dan berbual-bual bersama pasangan masing-masing.
Sedang Faqhary duduk sambil memerhatikan orang di sekeliling, dia disapa dengan seorang gadis yang memakai pakaian yang cukup seksi dan mampu mengghairahkan mana-mana nafsu amarah lelaki yang memandangnya.

“Hai Faqhary..”.
Ucap gadis tersebut.
            “Hai!”.
Faqhary membalas.

Gadis itu mengambil tempat disebelah Faqhary.
           
“Sorang je?”.
Tanyanya lagi.

Faqhary menganggukkan kepala sahaja sambil meneguk air yang menjadi kegilaan pengunjung di kelab malam tersebut.
           
“You kenal i?”.
Ujarnya sambil menganggat cawannya ke arah cawan Faqhary.
            “Cheer!”.
Ujar kami serentak lalu meneguk minuman itu.
             “Hmmm..i tengah ingat kat mana ye i jumpa you..?”.
Tanya Faqhary sambil mengingatkan sesuatu.
           “Hmmm…you ingat lagi tak malam yang you mabuk teruk tu? Birthday party Angelina?”.
Ujarnya lembut.
            “Oh ya! that time yang you dance dengan i tu right?’.
Tanya Faqhary ingin kepastian.
            “Yes!”.
Jawabnya selamba.
            “Actually what’s your name dear?”.
Soal Faqhary sambil meneguk minuman di tangan.

Kelihatan kepala Faqhary mula berpusing-pusing. Perasaan marahnya sebentar tadi kian menghilang.
           
“Arien la..”.
Jawabnya sambil mengusap-usap belakang Faqhary dengan lembut.

Kelihatan badannya rapat ke badan Faqhary sehingga dia dapat merasakan kehangatan badannya mengalir seluruh ke badan Faqhary.

“Oh! i lupa lah sayang…”.
Jawab Faqhary selamba sambil memaut pingang Arien dengan erat.
           
“Malam ni i temankan you minum okey..”.
Ujarnya manja.

Faqhary hanya mendiamkan diri dan senyum sahaja.
           
‘Ah! perempuan! Pantang kalau nampak lelaki minum sorang-sorang tanpa teman..pasti datang menghimpit!’.
Bicara Faqhary dalam hati.

Sudah menjadi lumrah dan adat apabila berkunjung di kelab-kelab malam kalau datang keseorangan pastinya Faqhary akan balik dengan berteman. Dia sudah biasa dengan keadaan seperti ini. Tak hairanlah kalau dia tak kenal sesorang tu pastinya mereka akan mengaku yang mereka telah mengenali Faqhary. Tujuannya untuk menghimpit Faqhary dan mengikis duitnya. Biasalah perempuan kelab malam sentiasa mencari umpan untuk dibuat makan.
Malam itu Faqhary ditemani dan dilayani ibarat seorang raja oleh Arien. Dia tak ambil kisah keadaan di sekeliling. Yang hanya dia tahu minum..minum…dan terus minum..Hampir berbotol-botol Wiski dan Wine yang dipesan olehnya berjaya dihabiskan oleh kami berdua.
Faqhary betul-betul mabuk sehingga dia tidak sedar yang saat itu dia telah berada di rumah Arien. Bila masa dia pergi ke rumahnya pun dia sendiri tidak tahu. Apa yang dia tahu sekarang dia berada di atas katil Arien tanpa seurat benang pada keesokkan harinya. Kelihatan Arien sedang lena tidur di sebelah Faqhary yang juga tanpa seurat benang. Dia segera bangun lalu mencapai pakaiannya yang bertaburan di atas lantai dan terus meninggalkan rumah Arien dengan segera.

            Setibanya dia dirumah kelihatan Azim sedang membaca surat khabar di balconi rumah. Melihat kelibat Faqhary menyelinap masuk ke dalam rumah dia segera menyapa.

“Woi! Kau pergi mana ni pagi-pagi baru balik?”.
Tanya Azim dengan nada hairan.
            “Aku tertidur dekat rumah Arien..”.
Jawab Faqhary dengan selamba sambil baring di atas sofa berwarna merah hitam di ruang tamu rumah penthouse mewah itu.
            “Malam tadi aku cari kau kat club tak ada pun?”.
Tanya Azim lagi.
            “Ada lah…entah aku pun tak tahu apa aku buat malam tadi..tiba-tiba je aku dah dekat apartment perempuan tu…Bila masa entah aku pergi sana pun aku tak tahu”.
Ujar Faqhary sambil berbaring dan menonton rancangan tv.
            “Hmmmm…patut lah aku cari kau tak ada..aku pun bla lah malas nak lepak sana sorang-sorang..”.
Jawab Azim sambil meneruskan membaca surat khabar ditangannya.
            “Zim…ari ni shooting pukul berapa?”.
Tanya Faqhary kuat.

Kelihatan dia mengerling ke arah jam tangan yang dipakainya itu.
           
“Hmmm..petang…pukul 3.30 petang nanti..Nasib baik pagi ni kau tak ada shooting kalau tak mati aku nak jawab tau tak?”.
Ujar Azim selamba.

Faqhary hanya mendiamkan diri saja tanpa menjawab sepatah kata pun. Tiba-tiba dia teringat pada ‘Maya Edora’. Lantas dia bangun lalu mencapai laptop di atas meja.

‘Alamak…dia online lah malam tadi..mesti dia tunggu aku ni…adui!’.
Bisik aku dalam hati sambil membaca pesanannya yang dikirimkan di email.

‘Kimano putih…lama you tak online? You buzy ke? Kalau you buzy tak apa lah..i’ts okey..i just nak tanya khabar you je..apa-apa pun take care okey..’.
                                                                                                                        -Maya Edora-

Aku terus membalas email tersebut dengan harapan dia membalasnya kembali.

‘Maya Edora…sorry lately i memang buzy sangat-sangat..ni pun baru free…i hope you faham…you tetap di hati i…take care you too!’.
                                                                                                                        -Kimano Putih-

Selang 10 minit kelihatan mesej masuk di inbox email aku, lantas aku membukanya.
           
‘Tak pe i faham..You kan buzy..’.
                                                                                                                                                                                                                                                                                    -Maya Edora-


            ‘Eh! Tak la..now i free…you dekat ofis ke sekarang?’.
-Kimano Putih-


            ‘Yup..kejap lagi i nak kena pergi court..ada kes..you tak kerja ke?’.
                                                                                                                        -Maya Edora-
            ‘Oh ye ke? Hmmm..i dekat ofis la ni..’.
                                                                                                                        -Kimano Putih-

Faqhary berbohong.

Faqhary sengaja tidak berterus terang yang dia adalah seorang pelakon..Bukan apa dia tak nak kawan sibernya tahu bahawa dia adalah seorang pelakon yang terkenal..Biarlah dia merahsiakan perkerjaannya. dia akan berterus terang apabila masa yang sesuai nanti.
Entah kenapa Faqhary merasa seronok berkawan dengan ‘Maya Edora’. Sejak dia mula berchating dengannya pada tahun lepas, baginya dia seorang perempuan yang hamble, baik, dan juga peramah. ‘Maya Edora’ suka bercerita tentang kehidupannya dan juga gemar memberikan Faqhary nasihat. Faqhary hanya mendengar tanpa menolak nasihat tersebut. Entah mengapa Faqhary merasa senang berkawan dengannya walaupun dia tak pernah melihat mukanya walaupun sekali.
Ciri-ciri wanita seperti itulah yang Faqhary idamkan selama ini bukan seperti perempuan-perempuan yang dia pernah kenal sebelum ini. Yang hanya mendekatinya untuk duit dan keseronokan. Mungkin apabila tiba masa yang sesuai dia akan meluahkan perasaannya.

‘Oh! Maya Edora! Pasti kau akan jadi milik aku!’.
Jerit Faqhary dalam hati.


***Bersambung*** :-D

No comments:

Post a Comment