Johor Bahru
Suatu malam tatkala bulan sedang mengambang,
angin bertiup sepoi-sepoi bahasa dicampur dengan suasana sunyi sepi seperti tanpa
penghuni..kelihatan sepasang suami isteri sedang duduk dikerusi di balconi
banglo mewahnya sambil menyedut udara malam yang segar.
“Abang…lama tak jumpa dengan Zarina dan
Razif..rasanya sejak kita pindah sini kita terus lost contact dengan mereka..apa khabarnya mereka sekeluarga kan abang?”.
Luah hati Suhaila.
“Ya
lah kan..lama rasanya tak jumpa..dah pindah agaknya mereka..dulu kita balik
Melaka pun mereka dah tak tinggal dekat situ lagi..kat mana tah mereka tinggal
sekarang pun kita tak tahu..kata orang dia pindah di KL..”.
Jawab suami Suhaila, Doktor Hamly.
“Tah
la abang…pindah pun senyap-senyap tak beritahu kita..nak cari dekat mana mereka
duduk pun kita tak tahu..”.
Suhaila mengeluh panjang.
“Nantilah
abang usahakan cari mereka..siapa tahu kawan-kawan abang kenal atau ternampak
mereka kt KL tu..bolehlah kita datang cari..”.
“Saya
bukan apa abang..adik saya sorang tu je lah..mak ayah lama da meninggal..Datuk
nenek pun lama pergi nak harapkan saudara mara? Nun jauh kat China tu..tah
hidup entah mati pun saya tak tahu..”.
Kata Suhaila dengan nada sedih dan hambar.
“Sabar
ya…nanti kita cuba cari lagi..”.
Pujuk Doktor Hamly sambil mengusap-usap belakang
isterinya dengan lembut.
“Apa
salah saya pun saya tak tahu abang..sedangkan masa kita pindah sini kita masih
telefon mereka walaupun kita tak datang jenguk mereka dekat
Melaka….tup..tup…tahu-tahu je mereka dah berpindah..tak ada angin tak ada
ribut..lost contact macam tu aje…”.
Rintih Suhaila.
“Ya
abang tahu perasaan awak tu…kita bukan tak usaha kan? Kita dah usaha cari
mereka merata tempat tapi tak jumpa..kita nak cari dekat mana lagi..sabar je
lah…satu hari nanti kita mesti kita jumpa mereka juga..”.
Pujuk suaminya.
“Abang…5
bulan lagi Faqhary dah masuk 27 tahun…janji kita dulu nak kahwinkan dengan
Dania…kita kena tunaikan janji kita tu…janji tetap janji abang!”.
Kata Suhaila sambil merenung anak mata suaminya
dalam-dalam.
“Ya..itulah
yang sering abang fikirkan…sebab tu lah abang sibuk cari mereka di merata
tempat!”.
Jawab suaminya sambil menghela nafas yang
panjang.
“Abis
macam mana sekarang abang..saya tak nak disebabkan janji itu kita
bergaduh..saya tak nak hilang adik saya..walaupun dia bukan adik kandung saya
cuma adik angkat je tapi saya dah anggap dia macam adik saya sendiri..saya tak
nak dikatakan orang yang tak pegang pada janji!”.
“Hmmm…bagi
abang masa cari mereka ya? Awak jangan risau…karang sakit awak tu makin
menjadi-jadi karang!”.
Ujar Doktor Hamly sambil memengang tangan
isterinya.
“Macam
mana saya nak baik abang..kalau hati saya tak tenang? Tak dapat jumpa
mereka..tak tahu kabar mereka..”.
Balasnya dengan nada sebak.
Kelihatan air mata Suhaila bergenang di kelopak
matanya.
“Dah la….jangan menangis..tak baik..esok saya cuba
tanya kawan-kawan saya okey?”.
Pujuk Doktor Hamly.
Suhaila ketika itu tak dapat menahan air matanya lalu
jatuh berguguran dalam pelukan suaminya.
Seminggu kemudian…..
Tet…tet…tet…
Kedengaran bunyi handphone milik Suhaila berbunyi dering. Ketika itu kelihatan Suhaila
sedang sibuk bermesyuarat dengan pekerja di butik pakaian muslimahnya yang terletak
di Danga Bay..
“Excuse me..”.
Ujar Suhaila sambil berjalan ke luar kedai.
“Hello
abang..Assalamualaikum..”.
Sapa Suhaila dengan lembut.
“Waalaikummusalam..awak
dekat mana tu?”.
Tanya suaminya dengan nada yang sopan dan
perlahan.
“Saya
ada dekat butik..tengah meeting
kejap..kenapa abang?”.
Tanyanya sedikit hairan.
‘Biasanya
waktu-waktu macam ni dia sibuk dengan pesakitnya jarang sekali dapat telefon
aku apatah lag sms..memang jarang..biasalah..doktor mana ada rehat..sibuk
dengan pesakit je..’.
Desis hati Suhaila.
“Saya ada good
news ni…”.
Ujar suami Suhaila dengan nada riang.
“Apa?”.
Jawab Suhaila ringkas.
“Pasal
Zarina dan Razif lah..abang dah jumpa mereka..”.
Ujarnya riang.
“Hah!
abang jumpa mereka bila?”.
Suhaila terkejut.
“Bukan jumpa lah..maksudnya abang dah tahu mereka
tinggal dekat mana sekarang..”.
Jawab Doktor Hamly.
Suhaila menghela nafas yang panjang.
“Saya ingat abang dah jumpa dengan mereka…ha! dekat
mana?”
Tanya Suhaila bertalu.
“Macam
ni..pagi tadi masa nak tunggu pesakit..abang baca lah Majalah Niaga..dalam satu
ruangan ‘ushawan yang berjaya’ tu abang tengok muka Razif terpapar dekat
situ..apa lagi abang baca lah sampai habis..rupa-rupanya dia salah seorang bisnessman yang berjaya di
Malaysia..tak sangka abang!”.
Cerita Doktor Hamly dengan teliti.
“Ha!
Ye ke abang? Alhamdulilah…”.
Suhaila memanjat kesyukuran.
“Ya!
Mereka sekeluarga tinggal di KL..abang ada amik alamat syarikatnya..bolehlah
kita cari nanti..”.
Balas Doktor Hamly dengan nada riang.
“Ye
ke..syukur abang..tuhan makbulkan juga doa kita kan?”.
Jawab Suhaila dengan penuh kesyukuran.
“Iye…okey
lah..malam nanti saya balik kita sambung sembang lagi…pesakit dah tunggu ni..”.
Ujar Doktor Hamly lembut.
“Baiklah..Assalamualaikum..”.
Jawab Suhaila sopan.
“Waalaikumusalam..”.
Suhaila macam tak percaya yang akhirnya dia jumpa
juga adik yang dia cari-cari selama ini. Kalau ikutkan hati, mahu sekarang dia mahu
mnegajak suaminya pergi ke KL untuk mencari mereka. Kalau nak diikutkan bukan
jauh sangat dari Johor ke KL baru 4 jam perjalanan je..tetapi apabila difikir-fikirkan
ada baiknya dia bersabar. Sekurang-kurangnya hatinya merasa lega sikit sebab dia
sudah mendapat tahu dimana mereka tinggal.
Malam itu, Suhaila tak sabar-sabar menunggu
suaminya pulang. Apabila mendengar kelibat keretanya masuk di perkarangan
rumah, Suhaila terus meluru ke arah pintu.
“Abang…”.
Sapa Suhaila di muka pintu.
“Ha!
Tak sabar-sabar..tunggulah! bagilah abang masuk rumah dulu…”.
Ujar Doktor Hamly dengan nada sinis.
“Ye
lah..mesti lah tak sabar..”.
Jawan Suhaila selamba.
Kelihatan dia duduk sambil membuka tali tie di lehernya.
“Penat abang? Ramai orang dekat klinik ke tadi?”.
Tanya Suhaila sambil memicit bahu suaminya dengan
perlahan-lahan.
“Ramai
juga..sekarang musim demam..ramai yang sakit..lagi-lagi budak kecik..kesian
tengok..”.
Ujar Doktor Hamly sambil menghela nafas panjang.
“Kalaulah
ada orang buat air ni mesti best kan…”.
Perli Doktor Hamly.
“Tu
ha! Ada atas meja tu..saya dah suruh bibik buatkan..”.
Jawab Suhaila selamba.
Kelihatan Doktor Hamly menjeling ke arah meja
makan di ruangan tengah. Dia segera bangun lalu duduk sambil meneguk cawan yang
berisi air milo suam. Suhaila hanya mengekori langkah suaminya tanpa berkata
apa-apa.
“Hmmm…hujung
bulan ni kita pergi cari mereka dekat KL okey..”.
Ujar Doktor Hamly dengan lembut sambil merenung isterinya.
“Kenapa
lambat sangat?”.
Tanya Suhaila hairan.
“Sekarang
cuti sekolah..ramai yang nak bersunat..lagi pun Doktor Ali tengah bercuti..nak
harapkan nurse manalah dieorang mahir
sangat..jadi hujung bulan nilah baru saya free..”.
Jelas Doktor Hamly lembut.
“Oh
ye ke…okey la..saya ikut je..”.
Jawab Suhaila dengan nada sedikit hambar.
“Hmmm…abang..nak
ajak Faqhary sekali ke?”.
Tanya Suhaila seminit kemudian.
“Hmmm…tak
payah la…hal kita…anak-anak tak payah masuk campur…”.
Jawab Doktor Hamly sambil memandang isterinya.
“Tak
payah masuk campur apa abang? Kan kita nak kahwinkan dengan anak mereka..”.
Ujar Suhaila sedikit keras.
“Nanti-nanti
lah dulu..yang penting kita jumpa dieorang dulu baru bincang pasal perkahwinan
Faqhary dan Dania tu…ehmm..lama dah anak awak tak balik? Sibuk berlakon ke?”.
Tanya Doktor Hamly dengan nada sinis.
“Entah
lah abang..ye lah kot..katanya busy
sampai bulan depan..banyak production
amik dia berlakon..abang tak tahu ke? Anak kita sekarang dah famouse…pergi sana sini semua orang
kenal..tinggallah kita berdua je kat sini..nak harapkan kakak dia Fariesya tu?
Entah tahun bila nak balik..rasanya tahun depan habis lah tu
belajar..ehmmm…rasanya terus tinggal UK la tu…rindunya lah dekat Adam…dah la
dia sorang je cucu kita…
Bebel Suhaila panjang.
“Hmmm…nanti
cuti semester balik lah tu mereka..si Faqhary tu nak selamanya ke kerja
berlakon? Penat-penat je belajar dekat US amik bisness…berlakon juga dipilihnya..kalau dekat sini tak pelah ni kat
Singapore pulak tu..jauh…”.
Giliran Doktor Hamly pula mengeluh panjang.
“Entah
lah abang..penat nasihat tetap jugak pilih bidang tu…dia kata nanti kalau dah
tak laku baru dia balik Malaysia..sementara laku ni dia nak berlakon puas-puas
katanya..”.
Jawab Suhaila perlahan.
“Biarlah
dia..nanti dah kahwin dengan Dania..rasakanlah kena uruskan bisness bapak mertua dia tu..baru dia
tahu!”.
Kata Doktor Hamly dengan nada sinis.
“Biarkanlah
abang…tak larat dah nak cakap lagi..”.
Suhaila mengeluh panjang.
“Hmmm..dah
la..penat rasanya badan ni…saya naik dulu lah…”.
Pinta Doktor Hamly.
“Ye
lah..jangan lupa solat dulu baru tido..”.
Pesan Suhaila.
“Saya
dah solat dekat klinik tadi…”.
Jawabnya selamba sambil meniti anak-anak tangga.
‘Ah!
Tak sabarnya nak jumpa kau Zarina! Rindu sangat aku dengan kamu!’.
Desis hati Suhaila.
No comments:
Post a Comment