Singapore
Suatu malam di disko yang terkenal….
“Ary…hujung
bulan ni kau dah nak kahwin..Macam mana dengan carier kau..Aku nak tahu juga apa planning kau?”.
Tanya Azim sambil memengang segelas Wine.
“Hurmmm..aku
akan teruskan dengan karier aku..aku
dah bagitahu parrent aku..dieorang
setuju..”.
Jawab Faqhary tawar.
“Abis
wife kau nanti macam mana? Are you staying together or seprate?”.
Tanya Azim dengan nada yang hairan.
“Bakal
okey! Belum lagi kahwin..Hurmm..Maybe..Entah lah....janji aku dah
tunaikan permintaan parrent aku dah
cukup..Yang lain malas aku nak fikir..”.
Kata Faqhary sambil meneguk minuman di tangan.
“Aku
macam mana?”.
Tanya Azim lagi.
“Kau
macam mana apa? still jadi P.A aku lah..jangan risaulah bro..kau tetap ikut aku
kemana aku pergi..”.
Jawab Faqhary sambil ketawa kecil.
Kelihatan kepala Faqhary mula berpusing-pusing
mengikut rentak lagu yang dipasang. Masalah yang sering difikirkan oleh Faqhary
selama ini kian dilupakan. Apabila dia meneguk air yang sering menjadi
penemannya, dia akan merasa lega. Segala masalah yang ditanggung hilang sekelip
mata. Oleh sebab itulah sejak kebelakangan ini dia sering menghabiskan masa di
kelab malam.
“Mana tahu bro..kau dah stay Malaysia kau amik P.A lain..melopong aku bro..”.
Kata Azim sambil menepuk lengan Faqhary dengan
kuat.
“Tak
kan lah aku nak buat macam tu..kau kerja dengan aku dah lama kan sejak aku mula
jadi model lagi..dah jangan risau..yang penting kita enjoy puas-puas malam ni okey?”.
Ujar Faqhary sambil melagakan gelas kepadanya.
“Cheer!”.
Ujar mereka serentak.
Malam itu Faqhary dan Azim telah mabuk teruk.
Berbotol-botol Wine dan Wisky yang mereka pesan berjaya
dihabiskan. Kali ini Faqhary betul-betul ingin melepaskan tension. Dia dah tak
pedulikan orang disekeliling. Apatah lagi press
yang suka cari bahan untuk dijadikan gossip seharian. Dia dah tak peduli hal
itu semua. Apa yang aku tahu aku ingin melepaskan perasaan yang terbuku di hati.
“Ary…dengar-dengar
cerita dari sumber yang boleh dipercayai..you nak kahwin end of this month ye? Boleh you bagi komen sikit?”.
Ujar seorang press ketika sesi promosi filem
terbaru aku di York Hotel suatu hari.
“Hrmmm…siapa
kata i nak kahwin? Tak ada lah..gosip je tu..”.
Ujar Faqhary sambil ketawa.
‘Aduh!
Macam mana dieorang boleh tau? Masak aku…’.
Bisik hati Faqhary.
“Ada lah sumber bagi tahu..kalau you tak kahwin
kenapa you nak berehat sebulan? Dalam statement newspaper semalam you buat statement yang you nak rest sebulan di Malaysia..mesti you nak
kahwin kan? dengar cerita bakal wife
you orang Malaysia.”.
Tanya press
yang lain pula.
“Actually..Ary cuti sebulan sebab nak spend time dengan family dia di
Malaysia..bukan sebab Ary nak kahwin..kalau Ary kahwin mesti Ary akan inform dekat you all..”.
Sampuk Azim pula.
‘Fuh!
Selamat kau Zim tolong aku kalau tak gagap aku nak jawab’.
Ujar hati Faqhary lagi.
Kelihatan seorang press mengangkat tangannya
untuk bertanya.
“Ary..kalau you tak kahwin kenapa you ada peminat
daripada Malaysia nampak you pergi kedai Habib Jewels dekat KLCC minggu lepas?
Ujar press itu sambil tersenyum-senyum.
“Hurmm..actually time tu i belikan rantai tangan
untuk mummy i sempena birthday dia..i
pergi dengan mummy i..mungkin peminat tu nampak i sorang tak nampak mummy i
dekat dalam kedai tu..”.
Jawab Faqhary dengan selamba.
Apabila hampir dua jam sesi mempromosikan filem
selesai, aku segera bergegas dari hotel itu dan terus menuju ke set
pengambaran.
“Zim..nasib baik kau pandai cover aku..kalau tak mati aku nak jawab soalan press..mana entah dieorang tahu aku pun tak tahu..”.
Kata Faqhary sambil mengeluh panjang.
“Biasalah
Ary…kau kan pelakon terkenal seluruh dunia tengok filem dan drama kau..kau
sorok lubang mana pun tetap mereka dapat cari kau..sampai bila kau nak
rahsiakan dari mereka? Lambat tahu dieorang akan tahu jugak..”.
Kata Azim sambil memandu keretanya menuju ke
Geylang Road.
“Hurmm..Biarlah..kalau
aku bagitahu nanti ada gossip jugak..tak bagitahu pun ada gossip jugak..tengok
la nanti macam mana..”.
Jawab Faqhary selamba sambil menghisap rokok di
tangan.
“Aku
takut peminat kau tak percaya kau lagi tu je..hari tu gossip kau dengan Bella
tu belum settle lagi…ni dah ada
gossip baru pulak..”.
Kata Azim.
“Biarlah
bro..selagi boleh tutup kita tutup
gossip tu..lantak lah! Aku malas nk fikir benda-benda kecik macam ni..”.
Faqhary mengeluh panjang.
“Benda
kecik kau kata Ary….suka hati kau lah..”.
Kata Azim sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.
Faqhary hanya diam seribu bahasa tanpa berkata
apa-apa.
***Bersambung*** :D
tak sabar nak tunggu next episod...
ReplyDeleteplsssss...
thanks nanie....insyaallah...next episode will coming 2 day..wait ya..:-)
ReplyDelete